Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

11 December 2010

~Bila aku terkenang~

Assalamualaikum dan Salam sejahtera....

Tiba-tiba hari ini hati aku terdetak.... dua perkara yang paling akan dikenang... Dua perkara yang memang akan diingati... Aku tak tahu kalau orang lain macam mana.. tapi bagi aku.. buat masa ini dua perkara ini yang akan sentiasa teringat-teringat... 

Yang pertama.. adalah saat lafaz akad... Walaupun bukan lafaz untuk aku.. tapi aku rasa seperti lain.. Yelah... bila terungkapnya ijab dan kabul itu.. Syaitan-syaitan mula menangis.. Kerana tiada penzinaan akan berlaku.. Disitu termaktubnya halal pada empunya diri dan pasangan.. Terasa suasana itu lain.. Cerah tiba-tiba.. Sehinggakan tidak terungkap dek kata-kata...

*sebenarnya first time aku pergi masjlis akad nikah orang kawen...*

Saat yang kedua adalah bila seseorang itu telah dijemput Illahi untuk kembali ke Rahmatullah.. Suasana ketika jenazah masih terbaring dipembaringan.. Dan yang terkujur kaku itu adalah seseorang yang kita kenali. Saat jenazah dimandikan dan dikafankan... Terasa-rasa lagi langkah kaki ini mengiringi pemergian jenazah itu.. Ternampak-nampak jenazah dimasukkan kedalam liang.... Dan yang pasti itulah saat paling terkilan bagi aku jika terlepas saat itu...

Ini jelah buat masa ini yang aku akan sentiasa terkenang.....

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails