Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

10 December 2010

~Moga terungkai yang tergumpal~

Assalamualaikum dan salam berbicara..

Isk.. hari ini aku barulah rasa nak kelam kabutnye pun.. Tapi bila pikir balek.. Aku kelam pasal pa.. Esok cuti pun.. kalo aku kelam pun esok bukan bule pegi opis nak setelkan segala mak nenek hal-hal ney...

Baik aku melayan perasaan sambil meregang-regangkan otot yang kian tepu dek lemak. Sampai aku dah tak nampak dah otot aku dah.. semuanye LemMark... Huh...

Yang lebih memeningkan aku.. Buku bank muamalat aku hilang.. Mana aku campak pun aku tak ingat dah... Aku nak mengapply ptptn ni.. waaa..waaaa.. kalo tak apply mana nak dapat duit nak bayor yuran.. isk.. sabo je la... adoyay....

Ingat nak menyetelkan semua dokumen-dokumen yang berkenaan.. Tapi malas itu telah mendominasi diri aku.. Terasa sangat resesif rajin aku kali ini.. Adoyay.. Aku memerlukan momentum-momentum yang dapat mengubah anjakan paradigma pada diri aku...

Ketika ini sel-sel minda mula bersimpul.. Setiap rongga-rongga mula terasa sempit. Saat ini hati mula memohon bantuan Illahi... Ya Allah... rungkaikanlah segala masalah yang menimpa diri aku kini... Permudahkanlah segala urusan ini. Sesungguhnya diri ini kini runsing dengan masalah duniawi. Terasa sesak ruang pemikiran ini hanya kerana mahu membina kehidupan yang selesa didunia ini.. 

Aku bermohon Ya Allah.. Janganlah dikau hanya sibuk dan runsingkan aku hanya demi keselesaan duniawi dan janganlah dibiarkan aku lengah dan lengai demi mengejar keselesaan di akhirat kelak.. Amin...

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails