Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

29 December 2010

~Semangat-semangat~

HoHo... HoHo...

Aku kurang pasti dengan semangat yang berkobar-kobar didalam jiwa aku sejak akhir-akhir ini..

Yang pastinya semangat kebangsaan aku sangat tinggi didalam diri sekarang ini...

Mahu dikatakan terkena bahang kemenangan pasukan negara bagi merangkul piala suzuki pun tidak sebab dah berminggu rasanya diri ini dibakar dengan semangat kebangsaan.

Sehinggakan kini ringtone aku pun patriotik...

Untuk sim 1 akan kedengaran " Gunakanlah bahasa kebangsaan kita, marilah amalkan ramai-ramai, bahasalah menyatukan kita semua, yakinlah bahasa jiwa bangsa ........ "

Dan untuk Sim 2 pula akan kedengaran " Kita satu bangsa kita satu negara, kita satu matlamat ..oooooo ... kita satu bangsa satu negara... kita satu Malaysia..."

Kalo tak percaya try dengar bila henset aku berbunyi.. Hehe

~Picture kreadit kepada Yahoo Image~
~Malaysia alwayz in my heart~

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails