Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

31 December 2010

~Watch Your Mouth - Edisi II~

Salam tahun baru.. Moga tahun ini segala-galanya indah...

For this year * cheewahh speaking bai....*

Okeh .. Back to the topic. Untuk tahun ini, aku akan cuba mengaplikasikan kata-kata...

"Jaga percakapan anda... jangan lakukan apa yang telah anda katakan..."

Kadangkala, didalam tidak sedar kita boleh mengeluarkan suatu perkataan yang kurang menyenangkan. Seharusnya apa yang dikatakan kepada orang adalah satu peringatan kepada kita dahulu, dimana telinga kita yang mendengar dahulu sebelum telinga orang yang kita katakan..

Adakalanya, bila dengki ataupun marah menyelubungi diri. Kata-kata yang hanya dapat menyedapkan diri sendiri sahaja yang akan terbit daripada bibir kita. 

Percaya atau tidak. Terpulang kepada individu masing-masing. Kadangkala diri sendiri dapat merasakan yang dirinya sedang berada didalam keadaan yang burOk itu. * keadaan burOk yang dimaksudkan adalah HASAD DENGKI... MARAH..*

Tetapi inilah realiti dunia, kadangkala kita lupa dengan nasihat diri kita sendiri. Paling teruk dan buruk adalah apabila kita membuat perkara yang dahulunya kita paling benci orang lain buat. Ataupun ,  dahulunya kita pernah berkata buruk terhadap sesuatu namun sampai saat dan ketika nya kita yang menghadpi atau membuat perkara yang pernah dikatakan buruk itu.

Apa pandangan orang lain terhadap kita. Adakah kita jenis berhati kering...? Mahupun tidak memperdulikan kata orang lain...? Bagus..... tabah anda ini..... Namun imej kita secara tidak langsung akan tercalar dan terpalit dengan pandangan serong dari kaca mata orang lain. Walaupun kita menyatakan " ADA AKU KISAH..." tetapi sebenarnya ia kisah. Sekiranya ia tidak kisah ia tidak akan menyatakan apa-apa pun. namun setelah kata itu diluahkan... jelas dan nyata sebenarnya empunya diri sebenarnya kisah..

Maka, secara keseluruhannya. Berhati-hati didalam percakapan.. Aku harap untuk tahun yang baru ini dan kehidupan yang baru ini. Aku dapat membawa imej "diam-diam ubi berisi". Kurangkan cakap namun ada ilmunya... Aku rasa dulu aku mulut je bising tapi habuk pun takde.. Doyay...

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails