Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

18 December 2010

~Watch Your Mouth~

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

~Kerana mulut badan binasa~

Ayat yang mudah. Namun maksud yang dibawa adalah terlalu mendalam....

~Watch Your Mouth~

Ayat yang tegas namun maksud masih sama dengan ayat diatas...

Kenapa dua perkara ini keluar sebagai isi kandungan blog aku yer... Ohoooo.......

Terlajak perahu boleh diundur... Terlajak kata.....? Bagaimana ....? *sebenarnya aku tak ingat apa sambungan dia.. haha*

Berhati-hatilah didalam setiap patah perkataanmu.. ada kala nya ia sedap didengar.. ada masanya ia terlalu biadap untuk didengari... Namun setiap kata itu pasti ditafsir berlainan bagi setiap individu...

Ada individu yang boleh menerima kata-kata kasar... ada yang susah untuk menerima dengan mendengar kata-kata manis... ada juga yang menjadi serba salah dengan bait kata-kata kita.. Walaupun adakalanya kita yang berkata-kata tidak memaksudkan apa yang ditafsirkan.. Namun disitu letak nya budi dan bahasa...

Apa gunanya di ajar penggunaan bahasa Melayu daripada tadika lagi.. Masuk sekolah rendah... Pengunaan bahasa juga dititik beratkan.. Masuk sekolah menengah pelbagai ayat puitis dan sendi-sendi kata juga diajar..

Namun kenapa bila sudah dewasa ini, nilai-nilai indah didalam kata-kata semakin kurang ajar didengari.. Adakah kerana kita selesa begitu.. Namun adakah yang mendengarnya selesa... Berfikirlah sebelum berkata-kata...

Adakalanya kita berbicara mengikut kata H&P sahaja.. Bila kita marah atau bengang.. Kata-kata kita busuk dan biadap... Tajam seperti menghiris-hiris hati pendengar.... Bila dengki dan khianat timbul didalam diri kita.. Pasti kata-kata berbaur dengki dan khianat yang dihamburkan.... 

Bila kita baik dan tenang... Setiap bait kata-kata pasti sedap dan indah didengari oleh pendengar... Indah terbuai-buai dirasakan....

Adakah masa senggang yang dapat digunakan sebelum kita berkata sesuatu.. Payah dan amat susah.. Kadangkala seumpama mulut bergerak dulu dari minda... berputar-putar minda memikirkan apa yang telah di perkatakan... Biadap rupanya aku.... Wah.... nasib baik ayat aku sopan tadi.. Kalau tidak.....?

Kita marah bila orang berkata buruk kepada kita.. Namun adakah bila kita berkata buruk kepada orang lain , dan orang lain itu akan berasa senang hati mendengar kata-kata buruk kita... Tentunya tidak.. pastinya orang lain itu akan merasa seperti yang kita rasa...



~Kadang-kadang aku rasa mulut aku ni mulut longkang gak.... Watch Your Mouth.. Ngee~

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails