Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

14 January 2011

~Aisberg ( Bongkah ais ) Kelakuan Manusia~

Aisberg (Bongkah Ais) Kelakuan Manusia

Sumber: Majalah Solusi


"Pembentukan kelakuan manusia bermula dari dalam. Sistem keyakinan ( iman) akan membentuk pandangan hidup, yang kemudiannya akan membentuk nilai seseorang ( apa yang dirasai benar, baik dan betul). Nilai ini membentuk sikap. Sikap itulah yang melahirkan kelakuan. Kelakuan yang dilazimi akan melahirkan karakter. Karakter yang sinonim dengan peribadi seseorang itulah yang membentuk personaliti.." Sumber : Solusi

Daripada rajah yang dilampirkan menunjukkan tahap kelakuan manusia. Didapati 90% kelakuan manusia lahir daripada dalaman diri dan 10% sahaja kelakuan yang sering kita nampak. Personaliti yang kita tonjolkan adalah sangat sedikit jika hendak dibandingkan dengan yang lain.

Walau bagaimanapun, personaliti kita melambangkan karakter dan kelakuan kita. Apa yang kita buat dan lakukan secara tidak langsung akan menggambarkan tahap pemikiran dan kelakuan kita. 

Kerana itu wujudnya ayat

"Don`t judge a book from the cover"

Jangan sesekali menilai sesebuah buku itu hanya dengan melihat kepada kulitnya sahaja. Begitulah juga ketika menilai manusia. Kadang-kadang kita melihat seseorang itu macho ataupun cantik pada luarannya. Lemah lembut dan sopan santun yang dipamerkan. Namun, segala luarannya tidak dapat memberi kenyataan benar tentang apa yang ada didalam diri seseorang itu.

Walaupun begitu, personaliti seseorang itu akan meletakkan tanggapan awal kepada seseorang itu. Jika personaliti yang baik ditonjolkan pada awalnya sudah pasti tanggapan yang baik yang diberikan. Begitu juga jika pada awalnya personaliti yang kurang baik ditonjolkan pasti tanggapan yang negatif diberikan kepada kita. 

Samalah seperti persoalan yang selalu diajukan oleh wanita yang tidak bertudung...

"Ingat kami yang tak bertudung ni jahat ke..? Tak tentu perempuan-perempuan yang pakai tudung tu baik.."

Memang.... memang tak semua perempuan yang pakai tudung itu baik. Tapi bila dia pakai tudung awal-awal lagi dah menunjukkan dia mengikut suruhan agama yang meWAJIBkan memakai tudung. Sedangkan yang tidak memakai tudung awal-awal lagi telah menyatakan yang mereka adalah jenis yang melanggar suruhan agama. Hendak di katakan apa lagi yang WAJIB oleh AGAMA pun BERANI ditentang. Bagaimana dengan dunia, mestilah lebih berani dan yakin.

Walaupun mereka bertudung tetapi berbuat jahat, itu adalah hal mereka dengan ALLAH swt. 

Lihat.. bagaimana personaliti dapat menggambarkan dalaman kita.

sekian sudah ulasan yang panjang lebar lagi ini... Moga kita dapat membentuk dalaman kita dengan lebih teguh agar luaran itu menggambarkan apa yang didaamnya..

1 Komen:

Anonymous said...

nukilan yg baik

Related Posts with Thumbnails