Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

11 January 2011

~Aku dan jiran tetangga~

 
Hai.. Kembali berbicara...

Setelah dekat beberapa minggu aku duduk dirumah sewa aku. Baru hari ini aku mahu berbicara mengenai jiran tetangga aku...

Rumah yang aku duduk elok... Selesa (bagi aku la kot... orang lain tak tahu). Walaupun ketika datang kerumah ini bergaung-gaung aku sebab kosong ya amat.. Ada katil ngan peti ais.. Bagus-bagus.. Suh makan pastu tido.. Hahaha..

Beralih kepada jiran tetangga disini. Aku kurang pasti dengan cara hidup orang kat sini. Sebab sangat berbeza dari jiran-jiran aku di Kuala Kangsar Perak... Sorry laaa kalo aku cakap.. Duduk di area sini seperti duduk di kawasan rumah kos murah. Memang rumah teres dua tingkat. Tapi keluasannya tidak sesuai untuk orang yang berkeluarga.

Mungkin selesa yang aku maksudkan adalah lebih tepat dinyatakan kepada tempat tido aku je kot. Haha.. Cuba uols bayangkan rumah yang kecil bersambung-sambung ( yelah teres.. tapi aku pelik rumah aku pun teres gak) Bila jiran naik tangga macam raksakse !!! bergegar sampai rumah aku.. Owh... teringat kat citer Mak Limah.. Sebijik la cara jalan gitu.. Takde adab dan sopan langsung.. Dam..Dam..Dam.. bunyi nye...

Paling pening dengan peel pakcik ketua lorong rumah aku ini. Aku tahu lah pakcik tu ketua lorong rumah ni. Tapi tak patut kot pakcik tu nak usha semacam rumah aku. Ingat kitaorang takde privasi ke pakcik oi... Hellow... My Father also ketua lorong dulu setiausaha KRT Taman okeh.. Lagi banyak rumah dia jaga.. My Mummy juga Naib Pengerusi Jiran Wanita Taman okeh.. Ada famili aku berlagak macam pakcik tu ( ehh aku plak yang terbelagak plak.. hahaha)

Lagi menjengkelkan, jiran sebelah rumah ni. Yang sebelah lagi satu tu ok.. Dia staff UTHM juga. Yang jengkel umah sebelah umah ni. Awal-awal lagi dah sound kitaorang pasal buang sampah dalam tong sampah dia. Hellow... Nama pun tong sampah.. Tak sekolah punya olang ... Memang taw dia bayar tong sampah tu .. Tapi hek elehhh.. itu pun nak berkira.. patut la rezeki tak murah... Rupa tu je rumah dia ada.... Dah le takde pago.. pakai motor je... Motor pun letak dalam rumah.. Ceh...  Naseb pakcik tuan rumah dah bagi tong sampah kat kitaorang dah.. lagi besar dan berpenutup.. ei.. rasa nak tedang je tong sampah dia kalo lalu depan umah dia..

Bini dia pun sama gak, aritu boleh jeling lebih-lebih kat kitaorg. bila kitaorg blah dia letak tong sampah dia kat betul-betul sempadan umah dia tu.. Ceh... berkira la lu.... Tanah ni bukan ko punya la ... Tuhan punya... Kang sempit kubo kang...

Eii.. Wut The Fishhh!!!!

Lagi merimaskan aku juga, bila malam je ada je la yang nak buat jamming.. Hellow.. dah taw suka jamming pegi studio la labu kundur... Ohhh.. I forgot...!!! Tak mampu kan... Huh..( Eii jahat nye aku ni...) Lagi tak boleh blah umah belakang ni.. Suka sangat pasang radio kuat-kuat.. Ingat orang nak dengar ke lagu yang ko pasang.. Owh Peeeliiiissssss.... I dun want.... Wut da` hellow...... Kadang-kadang sebelum subuh lagi dah pasang radio kuat-kuat.. Tak semayang ke...?? Ke semayang sambil dengar radio...? Pelik la derang ni.. Eii..Ei....

Apa pun My Mummy say.... Biar la derang tu... Tengok rupa pun taw tak sekolah punya orang.... Kalo kita layan derang nanti kita pun sama tak sekolah punya orang.. Hahaha

p/s: memang ayat aku kejam.. tapi sebenarnya situasi dan cara hidup masyarakat bergantung kepada taraf hidup sebenarnya.. Mungkin rumah aku di Perak terletak di dalam lingkungan orang yang bertaraf hidup sedikit senang... Dan rumah sewa ini terletak di lingkungan yang bertaraf sederhana...

1 Komen:

Anonymous said...

selamat saling berjiran

Related Posts with Thumbnails