Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

19 January 2011

~Ini perasaan dia...~

Salam berbicara....

Dalam membaca akhbar online.. Tiba-tiba mata tertancap disatu tajuk yang membuatkan aku tertanya-tanya... "Bantulah adik saya..."

Jari jemari pantas menekan kiri tetikus. Terpampang satu gambar seorang remaja yang kelihatan seluruh badannya melecur kerana terkena renjatan elektrik.. Dan paling menyedihkan kedua-dua pergelangan tangannya bakal dipotong kerana menurut doktor ia adalah jalan yang paling baik untuk diri remaja itu..

Tersentap diri, berdetak laju degupan jantung.. Ya Allah... Sebentarnya anggota milik Allah itu di ambil kembali. Sekejap sekali ia dipinjamkan.. Pantas minda ku berputar.. Bagaimana jika aku yang berada di tempat remaja itu.. Apa rasanya aku pada masa itu... Pasti aku terlalu kecewa dengan hidup aku ketika itu..

Memang mudah untuk menyatakan .. Ini adalah ketentuan Illahi.. Ini adalah jalan hidup yang telah ditentukan dan kita harus redha dan pasrah. Tapi bagaimana yang sedang merasakan dan menghadapi itu.

Kalau aku.. aku tak pasti akan perasaan aku....

1 Komen:

Anonymous said...

sungguh bermakna nukilan ini

Related Posts with Thumbnails