Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

12 January 2011

~Kita pasti akan sendiri kelak~

Salam berbicara...

Akhbar kini kerap kali menceritakan tentang kematian... Pelbagai bentuk kematian sering terpapar di muka depan akhbar...

Kemalangan, penderaan, pembunuhan dan pelbagai penyebab kepada kematian. 

Memang kematian itu adalah ketentuan Illahi.. Kerana ajal dan maut itu milikNya... Hanya Dia yang Maha Mengetahui. Tetapi cara pemergiaan yang tidak disangka-sangka kerap kali menjadi igauan ngeri kepada saudara mara terdekat. Trauma dan terbayang-bayang didalam ingatan yang sering kali terjadi kepada mereka.

Kadang kala, aku merasakan dunia ini semakin kejam. Namun persoalannya.. Adakah dunia yang semakin kejam.. atau manusia itu yang semakin kejam. Walaupun pada asalnya manusia ini harus mengharmonikan dunia namun masih terdapat tangan-tangan yang kejam sering membuat onar melakukkan kerosakan dan kecelakaan pada dunia.

Bagi aku, segala yang terjadi haruslah dijadikan ingatan dan pedoman kepada kita. Rasanya hati ini belum bersedia untuk menerima kehilangan insan yang kita sayang secara tiba-tiba. 

Bila berbicara tentang takdir, pastinya ia adalah sesuatu perkara yang kita tidak dapat elakkan. Namun kita boleh berusaha untuk mengelak. Kerapkali diri ini berdoa agar dipermudahkan sakaratul maut. Takutnya aku bila mengenangkan saat itu pasti terjadi. Namun tidak diketahui bila dan bagaimana...

Bergetar-getar dalam hati bila mengenangkan maut itu semakin hampir walau kita lari sejauh mana  sekalipun. Tapi seharusnya kita tidak menjadikan kematian itu sebagai penghalang untuk kita membuat perkara-perkara yang boleh mengharmonikan kehidupan kita...

"Beribadahlah seperti esok anda akan mati, dan berusahalah seperti anda hidup 1000 tahun lagi"

Ayat itu jelas menyatakan kehidupan kita ini harus diambil secara menyeluruh. Jangan ditinggalkan dunia dan jangan juga ditinggalkan akhirat. Itu kunci kejayaan yang seharusnya kita pegang dan kita genggam. Namun masa kini, jelas menunjukkan ramai manusia termasuk diri aku juga. Seolah-olah selalu mengasingkan dunia dan akhirat. Sedangkan ia sempurna bila kedua-duanya ada.

Namun pada kenyataannya, insaf itu akan hadir bila kesusahan melanda didalam kehidupan kita. Sedangkan ketika senang, seumpama kita yakin yang kita akan hidup pada esok hari. 

Sampai disini saja celoteh aku pada hari ini. Ini adalah untuk menenangkan hati yang sering gusar bila mengenangkan diri ini akan bersendirian kelak. 

Bila masa nya...? Aku pun tidak pasti....

1 Komen:

Anonymous said...

salam muhasabah

Related Posts with Thumbnails