Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

18 January 2011

~Rintih hati~

Salam berbicara kenangan..

Tiba-tiba hati aku di carik-carik oleh kenangan yang berlalu dan semakin jauh ia pergi. Satu persatu wajah-wajah tenang bermain di fikiran aku.

Aku rindukan saat itu.. Kehidupan itu aku yang buang sebenarnya.. Kini jalan hidupku tidak seindah jalan-jalan yang berliku dahulu. Hidup aku terlalu mudah sebenarnya. Tiada liku-liku yang harus aku tempuhi. 

Orang yang beriman selalu diuji... Adakah aku sudah di palingkan dari rahmatnya. Ruginya aku seandainya ia. Tapi aku sendiri yang mengasingkan diri dan kini kenapa aku yang mengeluh. Kenapa kini baru menjerit-jerit hati aku untuk kembali ke pada fitrah. Memang fitrah manusia ingin melakukkan perkara yang baik. Namun fitrah manusia juga mahukan keseronokan dunia. 

Jalan hidup ku kini tidak di hiasi dengan perkara-perkara yang menyumbangkan tenaga dan keringat untuk agamaku. Segala tenaga dan keringat aku seumpama digunakan begitu sahaja...

Namun akan ku cuba untuk memastikan segala usaha yang aku buat adalah untuk membantu agamaku. Moga dipermudahkan lagi rezekiku. Moga dapat membimbing anak-anak bangsa dan agama untuk menjadi insan yang berguna dihari kemudian... Amin...

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails