Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

02 March 2011

~Present~

Salam...

Piiiuuueeeewwww... Penat rasanya menghadapi kelas yang kena banyak berfikir ni. Kadang-kadang dah rasa gelong dah pale otak ni.. Doyay...

PulOks tu banyak presentation yang perlu diselesaikan dan perlu juga di dengari.. Doyay... Bosan memang bosan.. macam mana aku bosan macam tu lah orang bosan dengar aku berkata-kata.. Ahaks... Suara aku tak sesedap DJ radio... Setakat nak jadi MC majlis tu boleh la.. Hahahaha...

Hari ini aku nak berkongsi sedikit pemerhatian yang telah aku buat didalam kelas.. Hehe.. Eh gelak lagi.. Doyay.. Ni seyes ke tak seyes ni.. Doyay...

Ok berbalik kepada pemerhatian aku. Semasa perbentangan or presentation kawan -kawan di dalam kelas. Kita sebagai pendengarnya harus memainkan peranan yang penting bagi membantu rakan-rakan kita berinteraksi dengan baik didalam kelas.

Kedudukan pendengar didalam kelas terbahagi kepada 3 bahagian.. Iaitu depan, tengah dan belakang.

Peranan Orang Depan

Orang yang duduk dibahagian depan. Adalah individu yang paling penting dalam membantu pembentang lebih yakin dan percaya yang disampaikan adalah releven dan dapat di sampaikan.

Dimana orang yang duduk didepan akan menjadi tumpuan untuk soal balas. Orang dihadapan perlu bersedia untuk lebih bersemangat.

Perkataan yang sangat glamer adalah...

Faham tak....? Tahu tak....? Adakah anda memahami apa yang disampaikan...?

Andai orang depan tidak memberi respon pasti semangat pembentang sedikit sebanyak terganggu...

Peranan Orang Tengah

Orang tengah juga memainkan peranan penting dimana. Pembentang akan memastikan lingkungan penglihatan mereka adalah secara meluas. Namun mungkin orang di tengah sedikit bernasib baik. Pembentang kadang kala tidak memberi perhatian yang lebih kepada orang tengah.

Perkataan yang sangat glamer untuk orang tengah adalah..

Boleh saya tanya pendapat anda...?

Peranan Orang Belakang

Hehhe.. ramai yang memilih untuk duduk di belakang ketika rakan-rakan membuat perbentangan kerana.. Boleh keluar awal.. But... If lecturer duduk kat belakang.. alamatnya kayulah anda.. haha..

Ayat glamer untuk orang belakang adalah...

"Yang belakang tu dengar tak... "

Tapi waktu tanya tu je suara pembentang tu kuat.. bila present je suara dia semakin perlahan dan terus perlahan... Ish..Ish...

Ehhh apa yang aku nak sampaikan sebenarnya ehh... HEhehe.. kesimpulannya... entry ni aku nak tegur sikit cara pembentangan * hek eleh.. mesti orang cakap aku poyo.. macam la dia bentang best sangat* dah dah aku nak cakap gak.. Harap ketika bentang sopan itu kena ada.. jangan mencekak pinggang atau berpeluk tubuh. Muka jangan sombong beb.. takde guna sombong waktu present buat orang tak nak dengar jer..

Okeh dah.. siap.. hahaha

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails