Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

21 April 2011

~Bicara H&P ke berapa tahnye~

Salam .. Hye...

*omg... i miss that word....also him...*

okeh.. aku tak tahu ini entry keberapa dah untuk hari ini... Tapi inilah jadinya bila berada seorang diri.... Melayan dan terus melayan perasaan...

Kadang-kadang aku kurang pasti dengan diri aku.. Kenapa cepat benar berubah.. Kenapa cepat benar sukakan seseorang... Kenapa cepat benar bencikan orang... Tapi jujur kata perasaan pada insan itu lah yang paling lama.... 

Namun, perasaan itu seperti tiada penghujungnya.. tiada penamatnya.. Mengapa perlu dirayu kepada yang tidak sudi ? *sila baca dalam nada Merong Mahawangsa yer..*

Beberapa kali aku mudah untuk menyukai seseorang namun permulaannya begitu... penghujungnya masih begitu... seperti satu putaran yang berputar-putar.. pi mai pi mai tang tu juga...

Tak cukup gediks ke.... Tak cukup cantik ke... Aku tak rasa aku nak orang yang menyukai aku kerana itu... But....Memang realitinya.. Bila membeli barang pun pasti melihat pada rupanya dulu.. Tipu bila cakap nak tengok kualiti je kan.. Tipu... Tipu... Tipu...Tipu....

Okeh berbalik kepada asal... 

Bila alasan itu melebihi akuran... Tak payah susah payah menyelak kamus dewan untuk mencari maknanya lagi... Maknanya... Please go away from my life... Itu yang sebenarnya yang di maksudkan... Okeh... Sorry for everything i had done to you... aku tak bermaksud nak mencalarkan layar kehidupan kamu... Anggaplah itu satu ingauan ngeri yang pernah hadir dalam mimpi kamu... Sorry I`m Sorry....

Tapi sekarang aku masih kurang pasti dengan Jejaka Masa Hadapan aku... Kenapa kamu mula bermain dengan perasaan ini... Kenapa kamu berlaku manis dengan aku... Aku risau... Risau sangat bila perkara lama akan bermula kembali.. Risau untuk menghadapi penghujungnya.. adakah sama atau hujungnya disambung dengan episod yang lain...

Kamu meminta aku untuk meletakkan nama kamu disatu ruang didalam hati aku.. Tapi bagaimana dengan nama aku diruang hati kamu... Dan aku harap nama kamu bukan sekadar nama... Moga pilihan kamu matang sematang usia kamu....

Makaihhh.. Jiwa -jiwa nye... Tapi itu seleganya bila dapat berbicara hati dan perasaan (H & P) di sini... Okeh.. moga aku tenang menghadapi Ivan Pavlov, Skinner, Plato, Aristotle, Descrates, Thomas, dan lain-lain lagi.. Amin....

Nota nak kena kaki:

Kamu sedang bermain dengan perasaan kini... Moga akhirnya seperti yang diharapkan.. Amin... Sleep in Peace..... (bukan rest in peace tu dah kat alam lain dah tu.. hehehe)

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails