Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

18 May 2011

~Bagaimana menjadi seorang presenter mengikut cara Fizah Rahim - Part III~

Assalamualaikum..... Salam Sejah.....Sejahte.... Sejahteraa.....

Hehehe....!! Gembira bila berbicara didalam blog ini...

Okeh.. Mari kita berfikir.. Apa yang kita nak bicarakan pada hari ini...

Oh.. Ya.... Rasanya aku ingin menyambung sedikit entry "Bagaimana menjadi seorang presenter mengikut cara Fizah Rahim"

Kita kategorikan kepada "Apa Yang Boleh Buat" dan "Apa Yang Tidak Boleh Buat"

~Apa yang Boleh Buat~

1. Berinteraksi dengan pendengar anda..
Pendengar adalah satu elemen penting didalam presentation.. Jika tiada pendengar.. kita nak bentang kepada siapa.. Kepada lantai ka... kepada kerusi ka.... kepada dinding ka... Cuba-cubalah berinteraksi dengan pendengar... jangan biarkan mereka memeluk tubuh memandang anda sahaja..


~Mereka duduk dikerusi untuk mendengar.. bukan hanya untuk memandang anda berbicara....~

2. Pilih pakaian yang sesuai dengan situasi..

Bila nak present tu.. Pakaian sangat memainkan peranan penting... Jangan pilih baju yang dah tertumpah dek kuah kari... Jangan juga memilih pakaian yang dah berbau.. iaitu dua tiga minggu kita tak basuh... Please... jangan rosakkan deria bau pendengar anda !!!!


~Lihat... kami sudah bersedia untuk present... anda bagaimana......?~

3. Pilih kasut yang sesuai..

Yups... bagi aku... kasut adalah perkara yang penting.. Ia dapat meningkatkan konfident aku.. Aku lebih suka memilih kasut yang bertumit ketika present.. Sebab ia memudahkan kita untuk berpusing ke kiri dan ke kanan... Aku suka gaya itu.. Terasa profesional... Hehe....


~Kasut konvo hehe... Yes.. Inilah pilihan Dr Halizah... hehehe~

Okeh cukup untuk ~Apa yang boleh buat~ Kita berbicara kepada ~Apa yang tak boleh buat~ *untuk part ini.. macam takde gambar yang sesuai je.. hehe*

1. Jangan membaca teks..

Tolong laaaaa... Tolong sangat-sangat ... Jangan membaca apa yang tertulis pada slaid... Kalau setakat nak baca.. Pendengar boleh membaca sendiri... Gunakan ayat anda sendiri dengan gaya anda sendiri..

2. Jangan memasukkan tangan kedalam poket..

Ini memang lemah aku la... Lemah sangat aku melihat orang yang mempresent memasukkan tangan ke dalam poket ketika mempresent.. Tambah-tambah lagi lelaki.. Uiissskk.... Egonya anda.... Berlagaknya anda.... 

3. Jangan mendatarkan suara anda..

Ades.. dari mula sampai abes present... Intonasi suaranya sama je... Takde perasaan dia ni...


*Setakat ini sahaja yer.. jumpa lagi dalam entry yang seterusnya...sebenarnya aku dah malas berfikir.. hehehe*

~Arios Mambo~

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails