Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

25 July 2011

~Sharing is Caring - Kedai Nasi Kukus Ayam Panggang~

Hye...Hye....

Sejak dua menjak layan katun One Piece ni tak bergerak blog aku kan.... Hari ni stop kejap yer.. kita layan entry sambil layan lagu Pujaan Hati dari Kangen Band....

Hari ni aku nak berkongsi dengan teman-teman blogger tempat yang menarik aku dah pergi... So tempat yang aku pilih untuk hari ini adalah...

Kedai Nasi Kukus Ayam Panggang....

Kedai ini terletak di Port Dickson.. Aku tau kedai ni pun sebab adik aku si Padil da bawak waktu nak hantar adik aku si Sarah balik ke Poli PD...  Hebat kedai ni... Rasa tak rugi kalau pergi.. dan rasa nak pergi lagi... lagi dan lagi....


Nama kedai ni Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy.... Tahu tak kenapa namanya Cowboy... ini adalah kerana kedai ini berkonsepkan santai ala-ala koboi... Banyak topi koboi yang disediakan di satu.. so kepada yang teringin nak makan ala-ala koboi.. boleh ambil topi tu.. pakai.. tapi jangan lupa untuk pulangkan kembali..


Pica : thanks to Cik GoOgle...

Semua makan disediakan didalam bekas polistren... Untuk air sangat mudah... yang disediakan adalah satu atau dua jenis je air... airnya.. ala-ala air kat pasar malam tu.. sirap ke... anggur ke... macam tu la.. so untuk air itu je pilihan yang ada... 

Hari tu aku dan adik beradik aku beli ayam seekor dan nasi kukus 2... wahh hebat...!!!! Ayamnya sangat hebat .. !!! dan sosnya yang paling hebat !!!!!....

Ohhh.. inilah namanya nikmat dunia.....

Apa pun.. moga-moga anda berpeluang untuk menikmati Nasi Kukus Ayam Panggang ni yer... Sedap wa cakap sama lu...!!!

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails