Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

07 July 2011

~Spontaneous Thursday #6 - Sepontan le sangat ~

Sempit rasanya dada bila menarik nafas yang sangat panjang... Huhhhh... mengeluh dan terus mengeluh... walau aku tahu aku masih meniti hidup aku... namun terasa dihimpit-himpit oleh keadaan sekeliling....

Aku masih disini.. Masih merenung atap rumbia.. sedangkan orang lain sudah ke bulan... Walaupun sebenarnya aku sedang bersiap sedia untuk kebulan.. tapi perasaan aku masih lagi seperti seorang yang memerhati.. Kenapa... Adakah kerana aku tidak nampak hasilnya... Sabar aku.. sabar... Ada setahun lagi untuk aku menamatkan master ni.. Lepas ni aku ke bulan pula yer... Biarlah rezeki mereka ke bulan dulu... rezeki aku lambat lagi... sabar yer...

Nota nak kena kaki : Bulan = Kerjaya

Jeles.. dengki... itu yang ada dalam diri aku sekarang ni.. Aku nak kerja juga.. aku nak ada duit sendiri... Tapi apakan daya itu bukan milik aku lagi... 

Tapi sebenarnya tak perlu untuk aku berperasaan seperti itu.. Kerana.. Bahagia itu sebenarnya sudah menjadi milik aku.. Walau tidak berkerjaya.. tetapi aku sedang mengejar impian.. Benar.. Panjang jaraknya... Lama lagi hasilnya baru akan kelihatan... Seharusnya aku bersyukur....

Bersabarlah wahai hati~

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails