Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

07 August 2011

~Perginya seorang Sahabat~

Ya Allah...

Ketika mata hampir terlelap menanti Solat Subuh... Tiba-tiba henset berbunyi... Mesej bertalu-talu masuk ke inbox.. Dalam samar-samar aku membaca... tersentap seketika... Saat menerima berita tentang kematian... Nafas menjadi sesak... Sejuk tapak kaki mengenangkannya... 

Waktu ini milik dia... Mungkin esok lusa giliran kita pula ... Siapa tahu... Saat kita hingga bila.. Waktu muda atau tua.. Itu adalah ketentuan... Segalanya sangatlah pasti... Tiada yang berkecuali.. Cuma cara pemergiannya sahaja yang berbeza...

Al-Fatihah buat seorang sahabat yang telah dijemput kembali oleh penciptaNya... Kembalinya ia ke Rahmatullah pada bulan yang mulia ini... Buat Allahyarham Muhammad Faiz Noorzailand ... Moga roh anda di tempatkan dikalangan orang yang beriman... Innalillah....

Berehatlah anda disana dengan tenangnya ... Nantikan kepulangan kami jua disana ... Moga perjalanan hidup kita diberkati dan diredhai Illahi...

Segala suka duka yang ditempuhi bersama-sama di PUO akan tersemat indah didalam sanubari ... Berjumpanya kita kerana Allah... Berpisah juga kerana Ia ... Walaupun pertemuaan kita singkat ...Anda adalah seorang adik yang sentiasa menguntumkan senyuman... 

Semua sahabat dan sahabiah pasti akan terasa kehilangan insan seperti anda...

Tenanglah anda disana....

Related Posts with Thumbnails