Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

07 October 2011

~Pemerhatian mencanang-canang kisah orang~

Hora ....

Dah lama rasanya tidak berbicara pemerhatian...

Subjek Pemerhatian : 1 . A.Belemoih (2011)
2 . Mama Peiro
3. DoubleYueOne

Tujuan : Mencanang-canangkan sesuatu peristiwa (kan hobi aku)

Pemerhatian 1 :

Perasan tak... Bila kita berbicara dengan orang yang kita suka... secara tidak perasan ayat-ayat kita seakan-akan merendahkan diri...

Seperti kenyataan yang diberikan "sy relax ja p JPN pakai suaq jean.. Org JPN ckp xleh pkai suaq jean, tp sy pakai gak" A.Belemoih(2011)

Dari ayat yang dinyatakan... A.Belemoih menyatakan yang pemakaian seluar jean tidak boleh di pakai ditempat kerja ... Tetapi untuk meletakkan situasi A.Belemoih sama dengan orang yang dia suka, beliau menetapkan untuk tidak mengendahkan teguran dan arahan dari tempat kerja.

Pemerhatian 2 :

Tiada orang yang sempurna didalam dunia ini.. Tak semua permintaan dapat ditunaikan.. tidak semua pertolongan yang diminta dapat ditolong. Semua perkara yang berlaku ada sebabnya.

"Biar dia dan mereka mencari kesalahan kamu. Itu dinamakan Manusia. Sama juga macam kamu, saya dan mereka2 yang diluar sana yang sentiasa melihat sesuatu kejadian buruk itu sebagai negatif sedangkan banyak positifnya" A.Belemoih

Kita kaitkan pula dengan pemerhatian ini ..

"abih kau tau ka dia pun sbb dah xdpt cari umh sewa la dia nak minta tolong tumpang 1mlm.. dulu masa kau dalam kesusahan kau rasa mcm mana klu tiba2 da org leh tolong? pa salahnya kau pulak tolong dia kali ni... dah sng ckit dah nak menyombong... ingat ckit dunia ni bulat arini kau kat atas sok kau kat bwh pulak... msa 2 baru kau tau... belajar sampai master pun tp klu xda hati perut xguna juga.. arini kau buat bodo ja bila org minta tolong kau esok2 sampai masa kau pulak xpun pada keturunan kau.. baru padan muka..." Mama Peiro (2011)

Kenyataan A.Belemoih(2011) menyatakan Manusia selalu mecari kesalahan orang lain. Termasuk dirinya dan orang lain. Didalam kenyataan Mama Peiro menunjukkan , Mama Peiro sedang menyalahkan seseorang yang tidak menolong "dia". "dia" yang dimaksudkan adalah adiknya DoubleYue. Sedangkan Mama Peiro sendiri tidak pasti apa masalah yang dihadapi oleh tuan rumah ketika itu. Tetapi Mama Peiro terus menyatakan tuan rumah "buat bodo" diatas pertolongan "dia". Ayat ini bertepatan dengan kenyataan A.Belemoih (2011) "saya dan mereka2 yang diluar sana yang sentiasa melihat sesuatu kejadian buruk itu sebagai negatif sedangkan banyak positifnya"

Pemerhatian 3:

Ramai sebenarnya yang berkawan didepan saja.. Kenapa ... Tanya pada diri.. Ada tak kita sendiri yang berkawan didepan orang sahaja. Kalau jawapannya YA.. Persoalan itu secara automatik telah terjawab.

"Cuma saya warning kamu walaupun kita ni banyak kekurangan, tapi jangan jadi macam tu dan tak perlu nak hipokrit bila berkawan dimana bila didepan elok ja, tapi bila di belakang pot pet pot pet macam dia cukup SEMPURNA" A.Belemoih (2011)

Ada sebabnya orang akan berbuat begini. Antaranya untuk mengelakkan orang yang "kurang sempurna " itu terasa hati. Tetapi bila yang "kurang sempurna" tetap tak sedar diri. Perlahan-lahan orang yang bajet "sempurna" itu menjauhkan dirinya dari yang "kurang sempurna" 

Disini ada satu teori yang selalu di"iya"kan. Tapi tidak didaftarkan sebagai eset. Teori "satu terhadap satu , satu terhadap beberapa , satu kepada beberapa terhadap ramai , satu terhadap ramai" - Teori ini akan diterangkan dalam penulisan yang akan datang.

Pemerhatian 4 :

Satu perbalahan akan menjadi lebih teruk bila adanya pihak-pihak yang datang menyibuk.. Tambah lagi orang yang menyibuk itu adalah orang disebelah pihak dan menyokong satu pihak sahaja. Secara jelas, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan akan sentiasa menyokong dan membenarkan apa yang dilakukan oleh sebelah pihak. Ditambah dengan ayat pujangga untuk memetaforakan kenyataan bagi menjadikan si penyata adalah hero dihati pihak berkenaan. Untuk menjadi orang pertama dihati, kita perlu selalu menyokong apa jua tindakan yang dibuat. Baru ada serasinya...

"Tazkirah di malam hari untuk kamu, saya dan orang2 di luar sana :) Saya memang takdak kena mengena. Walaupun kamu tak bagi saya mencari pasal, tapi bagi saya bukan nak mencari pasal" A.Belemoih (2011)

Ini jadinya bila orang yang tak kena mengena masuk campur .... 

Pemerhatian 5:

Kita tunggu edisi "cari pasal part 5" ... Yeah...

P/s: sedang berlatih membuat penulisan berdasarkan pemerhatian... Perlu di asah lagi

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails