Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

07 October 2011

Teori - Satu terhadap satu , satu terhadap beberapa , satu kepada beberapa terhadap ramai , satu terhadap ramai-

Orait... masuk ke entry yang satu lagi...

Entry kali ini saya ingin menerangkan secara jelas berkaitan dengan teori .. Tapi teori ini tidak didaftarkan jadi teori ini tidak boleh dijadikan reference bagi mana-mana penulisan ilmiah .. Untuk renungan sahaja..

"Satu terhadap satu , satu terhadap beberapa , satu kepada beberapa terhadap ramai, satu terhadap ramai"

Kita pergi kepada satu-satu ayat ...

1. Satu terhadap satu

Satu terhadap satu membawa maksud , perbalahan antara seorang dengan seorang . Maknanya, perbalahan dua orang ini hanya melibatkan dua orang ini sahaja tanpa membawa perkara perbalahan ke luar atau membawa orang lain masuk untuk menyertai perbalahan. Pada keadaan ini, selalunya perbalahan akan berhenti secara tiba-tiba dan kadang kala tidak sedar.

2. Satu terhadap beberapa

Ini selalu dikaitkan dengan perbalahan didalam satu kelompok kecil. Seorang berbalah dengan ahli-ahli yang ada didalam kelompok @ kumpulan. Mungkin seorang ini banyak membawa negatif didalam kumpulan. Contohnya: selalu mengambil kesempatan, tidak membuat kerja, banyak bangkang , memutar belit cerita dan banyak lagi. Perbuatan seorang ini telah menyumbang rasa kurang selesa terhadap semua ahli didalam kumpulan. Selalunya seorang ini akan dipulaukan atau ditinggalkan secara perlahan-lahan. Seorang ini selalunya akan mencari kelompok @kumpulan yang lain. 

Tapi , sekiranya seorang ini sedar dengan apa yang telah dilakukan. Seorang ini perlu mengubah dan membuat perubahan agar tidak dipulaukan oleh kumpulan seterusnya. Namun, jika seorang ini terus dengan sikapnya yang lama. Yang terjadi adalah seorang ini akan dipulaukan oleh kumpulan seterusnya .... Dari satu kumpulan ke satu kumpulan ...

3. Satu kepada beberapa terhadap ramai

Satu kepada beberapa terhadap ramai ini melibatkan tiga pihak. Dimana situasi ini terjadi kepada satu kumpulan terhadap ramai akibat dari seorang. Situasi yang dapat menjelaskan penerangan ayat : Satu kelas memandang serong kepada satu kumpulan.. Sedangkan satu kelas tidak tahu, seorang ini telah menyebabkan satu kelas memandang serong kepada satu kumpulan. Keadaan ini terjadi apabila satu kumpulan ini sedaya upaya untuk menyembunyikan kesalahan yang dilakukan oleh seorang ini. 

Selalunya, jika tidak dapat dibendung lagi. Seorang ini pasti akan dibuang terus untuk mengelakkan satu kumpulan mendapat nama yang buruk.

4. Satu terhadap ramai

Situasi ini adalah situasi yang semua orang taknak sebenarnya. Hanya untuk yang berhati kering je yang dapat survive dalam situasi ini. Situasi ini terjadi hasil dari 3 step diatas. Selalunya ketika ini boleh diibaratkan seperti nasi sudah menjadi bubur. Ketika ini , majoriti didalam kelas boleh dikatakan telah merasa dan terasa dengan perbuatan seorang ini. 

Pada masa inilah, semua yang terlibat akan mencari orang atau kumpulan yang telah dipandang serong pada dulunya. Pada level ini.. selalunya seorang ini akan mencari satu kumpulan besar yang baru dengan membawa perwatakan yang meletakkan dirinya pada keadaan yang menyedihkan atau seolah-olah semua orang menyalahkan dia walau dia tidak bersalah (padahal... semua orang tau salah dia)

Nota :

Aku susah nak benci @ tak suka orang. Selalunya orang yang aku tak suka adalah orang yang ramai orang yang tak suka. Walau pada awalnya orang akan nampak aku yang bersalah tapi akan datang orang itu akan menyedari sendiri. Selalunya aku takkan cerita pun pasal perangai orang tu.. Sebab aku nak biar orang lain rasa apa yang aku rasa dulu.. dah rasa baru jumpa aku.. dan Welcome to da Club....

Tapi untuk kes yang terbaru ini.. aku menceritakan tentang kisah orang tu kerana ada orang yang tidak kena mengena telah masuk campur.. dan orang itu adalah berada disebelah pihak orang tu. Tu sebabnya buruk akibatnya bila ada orang ketiga ... adik beradik boleh bergaduh (mana tau adik dia nak amek laki kak dia) ... kawan baik boleh jadi musuh... 

P/s : teringat plak kat kedai Rasamas kat Taiping... Tutup terus lepas buat hal ngan aku... Aku harap satu kedai tu tak mengalami keadaan yang sama ngan kedai Rasamas (mungkin dah ditakdirkan... suratan atau kebetulan)

2 Komen:

hajar said...

teori terhadap kuih koci tapi jgn lupakan saya yer.. heheh.. :P

Unknown said...

hehe... teori kuih koci tetap menjadi misteri.. hhe.. kenapa orang bule buat kuih koci dalam kuantiti byk dengan cepat sekali... waaaa. hebat...

Related Posts with Thumbnails