Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

20 February 2012

~Ini kisah aku - dulu-dulu~

Salam.. Yoshh....

Bila bercuti memang macam ni.. Pasti blog ini seperti sedang berpesta... Dalam masa sejam pelbagai dan banyak entry akan dikeluarkan... 

Sedang aku membelek-belek buku adik aku.. tiba-tiba aku terjumpa buku Asas Bahasa Arab milik adik aku.. Ohhh.. Di ambil Bahasa Arab sebagai bahasa pilihan bagi bahasa asing...

Tiba-tiba aku teringat dan terkenang.. Aku pun ambil Bahasa Arab sebagai bahasa asing aku.. Walaupun dalam hati aku merasakan bahasa lain itu adalah hebat... Perancis.. Jepun.. Mandarin... Yeaaahh.. Sangat hebat.. Melihat kawan-kawan mengambil bahasa-bahasa tu pun aku dah rasa cukup hebat...

Tapi aku.... Jujur aku katakan dulu aku terlalu lemah untuk membaca al-Quran...Merangkak-rangkak... Seringkali diri ingin berguru.. Namun.. tah la... aku pun tak tahu... (alasan semata-mata) 

Malu dengan diri.. Bagaiman boleh aku layak mengambil bahasa lain sedangkan bahasa syurga itu aku tidak tahu.. aku menjadikan kelas bahasa arab aku sebagai kelas aku mengenal abjad dan sebutan yang betul.. Malu memang malu.. Duduk sekelas dengan pelajar yang hebat-hebat bahasa arab.. sedangkan aku hanya tahu.. Assalamualaikum.. Waalaikumussalam... Ingat lagi perkataan pertama yang aku pilih didalam kelas adalah Qalam... Pen.. yaa Pen... 

Merangkak-rangkak aku menghafal segala-galanya.. Tapi alhamdulillah... kini aku mengenal huruf... cara sebutan... Aku berjanji pada diri aku akan terus membaca ayat-ayat dari kitab suci Al-Quran... Aku akan berusaha untuk memperbaiki diri... Aku tak boleh tinggalkan ia.. Aku harus bersama ia...


"andai kamu membaca Al-Quran di dunia, maka Al-Quran akan membantu kamu di Akhirat kelak

andai kamu meninggalkan Al-Quran di dunia, maka Al-Quran akan meninggalkan kamu di Akhirat kelak"

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails