Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

13 March 2010

~ Akukah yang bersalah ? ~

Kesinambungan daripada artikel yang lalu...

Seperti yang semua tahu aku pergi ceramah Maulidurrasul kat Parit Baru...

Namun selama aku mendengar ceramah dari banyak penceramah , ceramah kat sini pelik sikit.. Selama aku dengar ceramahlahkan.. Semua penceramah menggunakan Ayat-ayat Quran dan Hadis sebagai rujukan dan references ( sama je la kan) topik ceramahnya... Tapi ustaz ni sangat pelik... ( Tak tau la aku xbiasa dengar ceramah dr Ustaz yang mcm ni) Dia ada 3 rujukan... Al-Quran , Hadis dan Perlembagaan... Dan perlembagaan yang dirujuk hanyalah perkara 132... ( Ehem... Ehem...)

**Agak-agak ayat2 aku kat bawah ni boleh bwk aku masuk ISA ke..Xpayah le.. pandangan peribadi jer...tak gugat sape2x pun ... **

Seyes aku cakap.. Sepanjang aku mendengar ceramah ni.. Aku terasa hilang nikmat mendengar ceramah Ilmu.. Memang ada Ilmu yang baru diberikan.. Mungkinlah dah berulang-ulang.. Biasalah ceramah Maulud.. Kira kita kenangkan kembali perjuangan Rasulullah saw.. Namun ceramah ni lebih kepada perlembangaan.. Mungkinlah kerana kawasan ini semuanya melayu.. Tahla. aku baru je nak biasakan diri dengan 1Malaysia ni.. Namun ada gak ehh yg mcm ni.. Hehehe.. Siap promote parti lagi suh daftarkan anak-anak.. Cuba kalo ceramah ni pembangkang yang buat.. ckp plak mcm ni... Sah2x waktu tu gak kena tarik permit.. Hehehe.. ( Ups.. Cabul-cabul..*tepuk2x mulut)

Jangan hairanlah kalau memang semalam aku sentiasa membalas msg pada facebook menggunkan henset aku.. sbb tah le... xrasa khusyuknya... hilang segalannya.. terbang segalanya.. Merintih2x hati kecil aku... Kenapa.. Kenapa.. Bukan ini yang aku nakkan.. Ya.. 1 jam lebih... Gelak ketawa sememangnye la.. Biasala kalo tak.. xde la happening ceramah tu.. Tapi rata-rata aku tgk student yang pergi mendengar.. Letih.. terlentok2x.. sebab dah rasa macam duduk dalam kelas kenegaraan dan hubungan etnik pulak dah...

~New topik in new topik~

Topik adalah berkaitan dengan 1Malaysia.. Aku tak tahu di mana silapnya.. Namun ada silapnya.. Secara jujurnya aku tersentap juga.. Tapi mungkinlah ada sebab2 yang lebih kukuh.. Waktu rewang mmg ada yg non muslim.. sebab ni subjek.. Tapi timbul kurang keselesaan di dalam diri penduduk kampung terhadap student ini.. Dengarlah kata-kata kurang menyedapkan.. tetapi didalam bahasa tempatan sinilah.. Ada seorang yang faham perbualan telah sampaikan kepada student tu.. Pulanglah dia... Terkilan juga.. kerana tertutup sudah peluang untuk Non-muslim itu menghayati cara hidup ISLAM... Dan mungkin akan menambah rasa tidak puas hati didalam diri beliau.. Takziah aku ucapkan kepada peluang itu...

Pasal semangat 1Malaysia ni.. Huhu. tak payahlah nak ckp... Cuba tgk kalaulah apa2 program yang pihak kerajaan buat.. Bila bercampur-campur bangsa ni.. Dikatakan program ni bersemangat 1Malaysia.. Tapi cuba pihak pembangkang yang buat... huh... mengkhianati bangsa..

Payah... Contoh dekat pun ada.. Mak aku.. bila tgk TV je berita.. Pihak pembangkang ni beratur mestilah campur2kan sbb pelbagai bangsa... Mula la berbunyi.. Asyik2 dengan cina tu.. Asyik2 ngan india tu... Nak merosakkan bangsa la tu... Releks mak.. releks... Malaysia ni berbilang bangsa... 1Malaysia la katakan.. Hek2x.. ( Abes aku kena basuh ngan mak aku kalo dia baca... Sah2x dpt pangkat bongok sbb sokong bangsa len..)

So.. Aku konpuis.. Bagaimana yaa.. Bagaimana mahuku jayakan 1Malaysia ini.. KErana yang dikatakan tidak serupa dengan yang dilakukkan...

Umpama " Mulut menyuruh bagi ayam makan.. tetapi tangan memegang pisau nak sembelih ayam tu.." ( cewah mcm Karam la pulak.)

Satu lagi :
" Umpama jurujual yang menjual pewangi mulut namun mulutnya bau longkang "

Hahahahaha

*P/s: Ustaz tu adalah penceramah bebas.. Tapi dia juga adalah Ustaz BTN...

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails