Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

03 March 2010

~ Kenapa aku ?? oh.. begini rupanya ~

Dalam merasakan diri serba kekurangan ..
Rupa-rupanya masih ramai yang lebih kurang beruntung dari aku..

Bila aku merasakan bahagia itu semakin jauh..
rupanya ada yang hidup bahagia dalam porak peranda..
Bila aku merasakan hidup aku serba kekurangan..
Rupanya ada yang lagi kurang dari aku..
Bila aku merasakan aku jauh dari rahmatNya..
Rupanya ada yang tidak langsung dikurniakan rahmatNya..

Ada ketika aku merasakan perjalanan hidup aku terlalu perlahan..
bila merisik khabar... Ternyata lebih ramai perjalanan hidup mereka lagi terlalu perlahan...
Pelbagai dugaan dan cabaran yang orang lain telah tempuhi.. Tetapi aku yang hanya di uji dengan sedikit ujian sudah berkeluh kesah umpama hidup ini tiada keadilan...

Kadang-kadang aku merasakan kehidupan aku suram..
Tiada cinta dan perasaan..
rupanya lebih indah jika cinta itu datang sendiri..
Perasaan itu boleh dipujuk...
Ternyata Cinta Illahi itu terlalu indah..

Ada masanya...
Aku merasakan cerita hidup aku tidak seindah cerita hidup orang lain..
rupa-rupanya cerita hidup aku terlalu berwarna warni..
Warna- warna yang diwarnai sendiri..
dan ada ketika di warna oleh segala yang ada sekeliling aku..
Walau kadang2 terpalit warna-warna kusam...

Ternyata..
Rupanya aku masih disayangi...
Rupanya aku masih dilindungi..
Rupanya aku masih dikasihi..
Rupanya aku masih dipercayai..

Jelas rupanya kini...
Kehidupan aku indah...
Berusahalah untuk mengindahkannya lagi..



Ternyata perjalanan hidup ini adalah lurus. Perlakuan dan perbuatan kita yang membuatkan ia bengkang bengkok

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails