Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

25 July 2010

~Aturan Kehidupan~

Berbicara tentang perjalanan kehidupan mahupun aturan kehidupan.
Mengingatkan aku tentang kehidupan.. Aku sering bertanya bagaimana rasanya bila kita kaya.. Bila kita miskin .. 

Apa rasanya bila kita menjadi seorang doktor... bagaimana pula rasanya bila kita menjadi buruh kasar..
Namun segala persoalan yang disoal takkan terjawab sendri.. Ternyata jawapan nya akan hadir apabila kita merasakannya sendiri..
Bila kita melihat kehidupan orang lain. ternyata segalanya indah..
dari lahirnya.. dari berjaya nya.. dari pendidikannya.. dari kasih sayangnya... dari rezekinya..

Ada yang dipermudahkan rezeki namun kehidupan tidak mengembirakan.. Ada yang hidup gembira namun rezeki terlalu berat untuk hadir kepada nya..

Namun matlamat asal kehidupan adalah mencari redha Illahi..

Berbalik kepada perkara asal yang ingin aku perkatakan..
Sehingga saat ini aku merasakan jalan kehidupan aku tidak lah terlalu berliku-liku.. Rahmat dan redha Illahi banyak memudahkan perjalanan hidupku.. Jika difikirkan aku terlalu bertuah. Aku tak perlu bersusah payah untuk melanjutkan pelajaran sehingga tahap ini. 

Tamatnya persekolahan aku melanjutkan pengajian Diploma ku di Politeknik Ungku Omar.. Selama tiga tahun aku bertungkus lumus akhirnya berbalas apabila aku dapat menyambung lagi pengajian aku ke peringat ijazah sarjana muda di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Tanpa perlu menunggu satu semester aku mula belajar.

Bila aku fikirkan itulah perjalanan hidup seorang yang biasa untuk mencapai kejayaan yang biasa. Dan kini aku merasakan aku harus bergerak sendiri untuk menentukan arah perjalanan kehidupan aku.

Aku juga kadang kala terpikir. Apa yang akan aku lakukan jika selepas SPM aku tidak ke mana.. bagaimana pula selepas diploma aku tidak menyambung pelajaran. Ish2x. segalanya berputar ligat. kadang kala membuat nafas aku terasa sesak dan tersekat-sekat. Dapatkah aku untuk mengharungi kehidupan yang aku sendiri pilih..

Ya Allah... Bantulah hambaMu ini.. Permudahkan perjalanan hidupku...

~Perjalanan yang lurus tidaklah menjamin kebahagian dan perjalanan yang berliku juga tidaklah menjamin penderitaan~

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails