Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

15 October 2010

~Bila Kisah Lama Berputar Kembali~

Bila cerita lama berulang kembali..
Bila kisah lama berputar kembali..

Ada masanya jalan cerita tetap sama..
Plot-plot cerita juga tidak berubah..
Adegan-adegan juga tersusun seperti yang dikehendaki..
Watak dan peranan juga tidak berubah..

Namun mungkinkah penghujungnya akan sama..
Mungkinkah pengakhiran cerita kali ini masih sedih seperti cerita dulu..
Mungkin juga pengarahnya tidak mahu plot yang berubah keterlaluan..
Namun bagaimana jika nafas baru telah diserapkan kedalam cerita ini..

Jika dahulunya ia nya sedih.. adakah kini ianya gembira..
Mudah-mudahan...

Tipu dan bohong jika aku katakan aku benci..
Nyata dan jujurnya.. aku tak boleh hendak membenci..
Kini ia umpama hadir kembali..
Cara dan perlakuan tetap sama..
Perlukah aku mendalami dasarnya..
Atau hanya menghayati pada permukaannya saja..

Aku takut aku akan kecewa dihari kemudian..
namun seperti yang ternyata..
peluang itu masih ada... dan masih terbuka..

Insyaallah.. kalau ia milik aku... ia tetap akan menjadi milik aku walau apa pun terjadi..



0 Komen:

Related Posts with Thumbnails