Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

16 October 2010

~Mak n Abah G Haji~

Salam.. hari ini aku beronline secara langsung dari Puncak Alam..
Umah bapak sedara aku..

Nampaknya sudah hampir musim haji..
Dan alhamdulillah.. Mak dan abah aku terpilih menjadi tetamunya pada musim kali ini..

Aku berdoa agar mereka selamat pergi dan selamat pulang..
Serta disihatkan tubuh badan untuk menyempurnakan setiap rukun-rukun haji...
dan dikurniakan haji yang mabrur..

Tadi.. 16hb Oktober 2010..
Dirumah atuk aku.. ditaiping..
Sebelum berangkat.. Sempatlah disempurna sedikit majlis berangkat..
Ketika bacaan doa dan laungan azan dikumandangkan..
Tiba-tiba hati aku menjadi sayu..
Terasa ingin mengalirkan air mata.. namun ku tahan..

Sayu rasa melihat kedua orang tua ku yang akan berangkat..
Bukan apa. segalanya boleh berlaku..

Tetapi bila difikirkan secara mendalam dan logik akal..
Itu adalah bahagian mereka..
Kita sendiri berimpikan untuk menunaikan ibadah haji..
Kenapa diberatkan hati melepaskan mereka..
Seharusnya dilapangkan hati kerana mereka adalah tetamu Allah swt..

Kenapa bila melancong keluar negara hati selalu gembira.
namun bila ke tanah suci.. sentiasa kesedihan yang mengiring...
Sedangkan gembira dan suka yang perlu diiringi pemergian ke tanah suci..

Terserahlah..moga keselamatan mereka terjamin disana...

Amin...

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails