Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

17 October 2010

~Edisi Musim Haji = Coretan aku lagi....~

Salam berbicara kembali..
Jam ketika aku menaip adalah pukul 2.58pagi..
Mata aku pun rasa tak boleh hendak dibuka-buka..
Namun.. kadang kala aku merasakan blog adalah tempat yang paling sesuai untuk meluahkan apa yang terbuku dihati.. dan ianya lebih bagus daripada facebook..

Boleh digolongkan aku adalah salah seorang blogger addict... Apa-apa pun aku pasti berbicara disini..

Kembali kepada topik yang sebenar...

Hari ini mak dan abah aku sudah selamat berangkat ke tanah suci Mekah.. mereka mengikuti penerbangan KT 31... Tadi kami telah menghantar mak dan abah ke Kelana Jaya... wahh..wah...wahhh.. ramainya orang.. terujanya aku... Dan tiba-tiba je... adik aku bertanya... "Kak ngah, mcm ni ke nanti kalau kita kat Mekah..." aku jawap.. " Kat sini muka kenal2x lagi.. nanti kalau kat Mekah lagi mcam2 ruper yg kita nampak... ada cerah.. ada putih.. ada gelap.. ada hitam.. ada biru... urk.. biru..??? 

Dalam kesibukan di Kelana Jaya.. Tiba-tiba aku ternampak satu keluarga ni.. penuh emosi mengiringi pemergiaan ahli keluarganya.. tapi adik beradik aku cool je... Yealah.. semua dah besar-besar.. dan bagi aku kenapa mesti kesedihan yang mengiringi perjalanan mereka.. itu adalah impian mereka.. dan juga impian kita juga... 

Tergerak juga hati aku.. ketika pergi melancong takde pun sedih-sedih kenapa pergi Haji mesti sedih2x.. Yelah.. ketentuan Illahi itu adalah nyata dan pasti.. Jika itu yang dikatakan.. tiada siapa dan apa yang dapat menghalang dan mengubah segalanya...

Aku berharap mak dan abah aku sentiasa sihat disana.. moga dapatlah mereka menyempurnakan ibadah haji mereka... Aku yakin mereka tersangat gembira kerana telah menjadi tetamu Allah pada musim ini..

Bila agaknya seruan haji itu akan disambut oleh diri aku yer... Bertuahnya jika aku kesana.. namun ilmu perlu penuh didada agar perjalanan ibadah kita tidak tersangkut2x...

Seyes bagi aku.. baik aku selesaikan rukun islam ke 5 itu sebelum aku mengatal dan mengedik nak pergi melancong ke luar negara ke hape ke.. hehehe...

Sampai sini saja.. ngantuk sangat2x.. plan esok pagi nak joging... well.. tgh diet... harap2x adalah yang berkenan nanti.. hehe

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails