Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

06 November 2010

~Bicara Minda ~ Yakin diri

Assalamualaikum dan salam berbicara minda.

Mode : Menulis bicara minda sambil dengar lagu Aiman ( Ku Akui Cinta)

Hari ini saya telah merajinkan diri untuk memblogwalking di daerah-daerah blog yang dikuasai. Ala-ala YB melawat kawasan jajahan aku bermain-main mata dengan ayat-ayat yang tertulis dan tertera indah di lampiran blog yang terlibat. Hari ini mata aku tertumpu kepada lampiran halus yang tertera tajuk Mawi Berpengaruh? ( walaupun aku tak pasti apa kaitan mawi dengan dengan posting ni. apa pun i dun like mawi sehinggalah lagu Penyembuh Rindu aku suka hahaha)

Apa yang telah mengamit perasaan dan perhatian aku adalah isi kandungan yang disampaikan. Ia menyebabkan aku meronta-ronta untuk berpublic speaking. Jelas aku akui yang aku lebih senang berbicara di umum dari aku berbicara bertentang mata (cewahh) . Dari posting yang aku telah baca ia adalah berkaitan dengan seni pengucapan umum, dimana ia menyatakan seni pengucapan umum ini sedikit sebanyak membuatkan karisma anda meningkat.

Apa yang diperkatakan adalah benar-benar belaka. Dari pengalaman yang berlalu dan menjadi kenangan yang indah. Apabila kita yakin berbicara secara tidak langsung ia dapat meningkatkan keyakinan diri kita. Semangat yang berkobar-kobar mula memenuhi setiap ruang-ruang kehidupan. Kita akan menjadi terus tabah dan yakin dalam mengorak langkah berikutnya.

Melihat kembali kepada yang telah dinyatakan :

" Dalam satu pembentangan/pengucapan  faktor yang mempengaruhinya adalah;
  • 7% datang daripada perkataan
  • 38% datang daripada nada, kelajuan sebutan perkataan
  • 55% datang daripada bahasa badan "

Yang dinyatakan adalah lebih kepada bahasa badan ataupun body language. Rata-rata pendengar lebih berminat mendengar atau lebih memberi tumpuan kepada persembahan yang bersemangat berbanding persembahan yang penuh dengan fakta yang berjela-jela. Secara realitinya fakta adalah suatu perkara yang paling didalam penyampaian. Namun apa gunanya jika, isi yang hendak disampaikan sememangnya paling top tetapi tiada siapa pun yang sudi untuk mendengar. ( sebenarnya sama juga seperti blog saya ni. Ayat yang terlalu berjela .. ada je yang tak suka membaca perkara berjela-jela) 

Untuk menjadikan kita sebagai peyampai yang hebat adalah. Kita haruslah menjadi pendengar kepada penyampaian kita. Kita letakkan diri kita pada situasi pendengar , jika cara kita menyampaikan adalah lemah dan longlai bagaimana kita sebagai pendengar mampu mendengarnya. Cuba penyampaian kita adalah penuh dengan tenaga kita yang sebagai pendengar pasti berminat untuk meneruskan pendengaran kepada penyampaian kita.

Secara jujurnya saya berkata, kita tidak harus berasa gentar dan berdebar-debar yang keterlaluan ketika hendak mengucapkan pengucapan. Seharusnya kita menjadi landasan pengucapan kita sebagai satu tempat untuk kita menyatakan pendapat kita..

Apa pun.. Moga berjaya didalam setiap yang dilakukan... Salam bicara minda....


~Berdirinya saya disini adalah untuk bla..bla.. bla.... ~

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails