Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

06 November 2010

~Kisah..?~

Perasan atau tidak. Jika suatu kisah yang dibuat atau ditulis itu adalah panjang tetapi penghujungnya pasti adalah sesuatu yang tergesa-gesa. 

Contoh jika anda menonton sinetron ( yeke ayat tu.. pedulik..) yang panjang berjela-jela.. Sampai beratus-ratus episod. Punyalah tabah dan jitu penuh semangat kita mengikuti setiap episod. Tak cukup dengan sabar, sudah le tu jalan cerita penuh berliku. Debar dan resah seringkali mengiringi perasaan kita ketika menonton. Sekali hari episod terakhir, penghujungnya umpama bunyi kentut. Mula-mula kuat, semakin lama semakin perlahan. Betapa kecewanya penonton bila menonton. Reaksi penonton mula lah seperti aku la..

Sambil mengambil remote dan menekan nombor 613 aku akan berkata-kata " kentut punya citer, buat penat aku tunggu je. Ending macam ni baik aku yang buat cerita.. baik tengok katun.. shalalala *ikut nyanyi lagu intro katun* "

~ Huhu~
Dan sebenarnya aku rasa blog aku pun macam tu sebenarnya. Pada awalnya ayat yang aku gunakan sangatlah bombastik tahap langit ke seven ( iya laa... tuuuu) tengah-tengah ayat dah macam down dan sampai penutup ayat-ayat aku senang tulis aku tulis " tak tahu dah nak tulis apa.. tiba-tiba takde idea"

Isk tu lah. dulu waktu sekolah cikgu BM mengajar karangan aku tumpukan pada Pendahuluan dan Isi je.. sebab aku tahu penutup aku selalu tak buat. saja nak bagi cikgu berfikir apa yang aku hendak sampaikan.. Hahahaha..

Kesimpulanya ( wah pandai aku buat kesimpulan disini) adalah, aku seringkali tak membuat kesimpulan pada setiap posting aku.. kerana.. hahahaha.. aku nak sambung lagi diposting yang seterusnya.. Chalo...

Daa....~

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails