Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

15 November 2010

~Edisi Musim Haji = Hari Arafah & Selamat hari raya Aidiladha~

Assalamualaikum... Salam bicara alam...

Sejak sehari dua ni... Aku memang sedang berada didalam mood yang budak baik.. Setiap posting aku pun baik je.. Yelah dah nak menyambut hari raya haji ini. Aku bermohon agar aku menjadi baik sampai bila-bila..

Hari ni mak aku mesej dari Padang Arafah. Mak aku suruh sama-sama berdoa dalam jam 6-7 petang. Sebelum mak aku berangkat menunaikan haji mak aku selalu cerita bila berdoa di Arafah doa kita terus akan dibawa ke langit. Masa itu berdoalah dan memohonlah apa yang dikehendaki. Dan kami adik beradik sudah siap membekalkan surat-surat yang ditulis doa akan dapat didoakan oleh mak dan abah kami..


 ~Ramainya umat manusia di padang Arafah. Lagi ramai dan terlalu ramai bila dikenangkan bila dipadang mashyar nanti. Semua umat manusia dari zaman nabi adam akan dibangkitkan ketika itu. Moga berbahagia aku disana nanti. Amin~

Seperti yang aku perkatakan. Meronta-ronta rasa dihati hendak ke sana. Adakah dalam masa terdekat ini..? Adakah pergi untuk menunaikan Haji atau Umrah..? Moga hajat abahku nanti termakbul.. Bolehlah merasa kami satu keluarga kesana.. Amin...

Kat rumah ni. Hujan memang asyik membasahi bumi jer. Kalau ikutkan cakap staff TM waktu aku LI aritu. Habis basah dah rumah aku ni kena hujan.. Tapi ada rahmat yang diturunkan sekali bersama simbahan air hujan ini. Moga aku mendapat rahmatNya. Ya Allah permudahkanlah segala urusan ku. Kau tabahkanlah hatiku untuk menempuh segala dugaan didunia ini.. Memang 2 perkara ini sering aku pohon didalam akhir sujud dan didalam doaku.. Amin moga diperkenankan..

~Fizah .. Kenapa mesti melepaskan keluh kesah kepada sesuatu yang bukan milikmu. Kenapa mesti berputus asa untuk berusahakan mengapai kejayaan. Kenapa mesti bersedih dengan kegagalan yang berlaku. Kenapa mesti merasakan segalanya telah berakhir. Fizah... Selagi dunia ini tidak berakhir setiap kegagalan itu bukanlah penghujung bagi sebuah kehidupan tetapi itulah permulaan. Kerana penghujung segalanya didunia ini dikau sedia mengerti... Dimana itulah bukanlah juga pengakhiran bagi segalanya tetapi permulaan bagi suatu kehidupan dialam yang fana~

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails