Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

09 November 2010

~Kenapa... Jawab laaaaahhhhh~

Sebelum aku melabuhkan tirai malamku yang dah tak berapa malam dah ni. Aku ingin berbicara tentang sesuatu. Sesuatu yang berkaitan dengan persahabatan.

Apa yang anda rasa apabila seorang rakan yang dulunya selalu menjadi tempat bercerita . Bercerita tentang semua perkara. Perkara-perkara peribadi mahupun sekadar bersembang-sembang biasa. Biasanya anda dan kawan anda selalu berkirim khabar tetapi kini sudah menyepi. Menyepikan diri dan terus menyepi itulah yang dibuat oleh kawan anda. Anda sering mengirimkan msg kepada dia tetapi tiada balasan. Balasan yang diberikan hanyalah sepi dan terus sepi. Sepi jua perasaan aku bila mengenangkan perangai ia. Ia umpama menjauhkan diri dari anda dan semua kawan-kawan. Kawan-kawan juga sering bertanya kan tentang ia. 

Okey-okey sudahlah penggunaan ayat bersambung-sambung tu. Kembali berbicara.

Samaada dia sedar atau tidak , sebenarnya ia umpama melarikan diri daripada aku ( hurm tu yang aku rasa la) kenapa mesti msg tidak berbalas. Aku harap dia pun sedar aku bukanlah orang yang suka menelefon orang kalau tidak diberi permission. Aku takkan menelefon sesiapa seandainya aku tidak tahu keadaan orang tu. Tapi aku takkan berhenti untuk mengirimkan sms kepada yang biasa aku hantar. Tapi kenapa... kenapa takde balasan..

Walau kerap kali aku melihat dia "hijau" di facebook. tetapi bila ditegur tiada balasan. Adakah aku berbuat salah kepada dia..? Ataupun aku terlalu menjengkelkan kepada dia..? ( biasa nya aku akan buat perkara ni kepada yang mmg menjengkelkan aku.. Aku akan diam tidak membalas apa-apa msg pun)

Aku harap dia baca la posting aku kali ini.. Kerana disuatu masa dahulu dia adalah seorang pembaca yang setia blog aku ni. Aku juga berharap dia tahu posting ni aku tujukan kepada dia.. 

Kenapa senyap... Kenapa menyepi... Jawap...Jawap.....


0 Komen:

Related Posts with Thumbnails