Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

04 November 2010

~Luahan rasa ~ Sopan + Kurang Sopan...

Semakin hari semakin malas aku rasa nak mengeluh..

Hari-hari pasti keluh kesah yang terbit dari bibir aku..

Ish.. Memang kadangkala aku rasa tertekan dengan kehidupan yang aku lalui sekarang ini..

Namun adakah keluh kesah itu dapat menghilangkan rasa tekanan yang dilalui..
Ternyata ia umpama menambah perit di hati.. Kenapa.??

Bila kita mengeluh pada suatu perkara bermakna kita sedang memikirkan tentang perkara itu..
Seringkali H&P meronta-ronta rasa hendak dilepaskan. Tapi persoalan bagaimana....?? 

Selepas dilepaskan hendak kemana...??

Arah tujuan pun belum pasti lagi kenapa mesti mengeluh pada yang bukan hak kita..??

Persoalan seringkali bertimpa-timpa didalam minda ini.. Namun jawapannya tetap kurang pasti..

Ternyata.. Keadaan sekeliling umpama menyesakkan.. Kita merasakan ianya sesak kerana kita ini lapang.. Kita tidak merasa sesak bila kita adalah sebahagian daripada sesak itu. Tetapi keadaan lapang ini membuatkan nafas aku umpama tersangkut. Tersekat-sekat  aku menarik nafas. Perlukah aku menarik nafas lega ketika ini kerana aku tidak sesak..? Tapi fikiran aku tetap masih celaru kenapa aku begini..?

Sampai ada ketikanya aku merasakan aku adalah orang yang tidak berbuat apa-apa. Tiada apa yang aku hendak banggakan kini. Paling tertekan apabila orang bertanyakan perkara yang sememangnya kurang pasti untuk aku. Sampai kadang kala gurau itu di ambil serius. Maaf aku dahulukan jika aku tiba-tiba menyepi. Bukan kerana aku marahkan kalian. Tetapi aku kurang selesa dengan persoalan kalian.

Ya Allah permudahkanlah segala urusanku. Tetapkan yang terbaik untuk diriku.. Jadikanlah aku insan yang berguna di dunia dan akhirat. Amin....

p/s: antara soalan yang bengang aku nak layan adalah... BILA NAK KAWIN..?ALAH TAKKAN TAKDE KOT.. JUAL MAHAL LA TU..? TET... TU KAN ADA KENAPA TAKNAK TEKEL DIA..? DAH KERJA KE..? ALAH KO DEGREE TAKKANLAH TAKDE KERJA LAGI KOT..?

Ayat yang aku bold tu la yang paling bengang. Ingat ni cerita novel. senang-senang je nak tekel orang ha.. Rezeki masing-masing la ... Tak semua orang senang dengan setiap persoalan. agak dah start berbicara.. "urm yelah..." " hurm..suka hati la nak bt pa pun.." "hahahaha" byk kali... "mmmm" sila hentikan persoalan atau tukar-tukarlah topik.. AKU TAK SUKA...  korang nak kawen.. korang kawen la.. aku memang kisah.. tapi aku tak kisah pun korang kawen ngan sape. 

ADA AKU KISAH...!!!!

4 Komen:

Anonymous said...

a'ah ade jgk yg same terjadi...tp sbb kwn yg slalu kate trime je la walaupun ati sakit..nmpk je baik skit dgn seseorg lelaki mula la kate "xnk ke die tu" (actually lain skit ayt die tp amik yg lbh kurang hihi)..
mentang-mentanglah dh ade..

Unknown said...

ISk. kenapa tiada nama... ades..

Begitu lah rasa nya.. wa.. walaupun kadang2x kita pun tercakap kat kwn kita.. berharaplah pasni akan berfikir sebelum ckp kat orang. isk..

Anonymous said...

sy la alifah hihihi
xde nme la sbb xde blog n sewaktu dgn nye hihi xprnh nk keluar dr mulut ni ha nk bls blk kt kwn tu,smue kate dlm hati...klu blh mmg nk luah tp xterluah~~wuwuwu ='(

Unknown said...

owh yeke.. hehe.. xpe la.. baru kenal.. abru ada feel nak membalasnye.. hehe.

tu yang luah dalam blog ni.. depan2x mana mampu.. isk.. nanti ckp emo pulak.. tp xpe. sabo je la.. haha

Related Posts with Thumbnails