Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

21 November 2010

~StoRy By StOrY for 21 Nov 2010~

Assalamualaikum dan salam berbicara ..

Heyyyy.... sToRy bY StOry is BAck AgaiN..

Mood : Menaip SBS sambil mendengar lagu-lagu Maher Zain dan menghayati liriknya..

~1'st StOrY~

Hari ni aku baru nak layan lagu Maher Zain . Aku dengar semua lagu dalam album Thank You. Tapi ada lagu yang terpilih je yang diteruskan mendengar dan dihayati. Sekali bait-bait lirik "The rest of my life" bermain-main ditelingaku dan memenuhi setiap rongga-rongga minda aku.Terfikir sejenak.. Ada ke orang nak nyanyikan kat aku lagu tu... Aku mahu menjadi yang meng open the eye tu.. isk..

~2'nd StOrY~

Perhatian kepada makcik-makcik yang sudah kepunyaan anak. Harap diambil perhatian . Tandas awam sama ada tandas berbayar 30sen mahupun tandas di masjid bukanlah tempat mempuang diaper anak-anak anda. Sila buang didalam tong sampah. Kalau buntut anak makcik kurap jangan salahkan sapa-sapa kerana buntut anak makcik telah disumpah seranah oleh makcik cleaner dan orang-orang yang nak masuk toilet tu.. Sekian .. Terima Kasih.. Apa .. Tak Paham..??? Owh.. aku cakap diaper yang dah guna tu letak dalam handbeg.. ada paham...??

~3'th StOrY~

Aku kan.. Paling tak suka nak membaca artikel yang menyatakan pasal jodoh ni. Tambah lagi nak meng'share'kan nye. Kalau dah terluang sangat-sangat baru aku baca. Yelah rasa macam itu adalah seumpama hendak menyedapkan hati sahaja. Maka susunan ayat yang betul membuatkan ramai berasa berbunga-bunga untuk membaca dan meng'share'kan nye...

~4'th StOrY~

Kenapa mesti berasa bengang dan marah dengan kebiasaan orang lain. Biarlah mereka itu adalah cara mereka. Kenapa nak disamakan dengan cara kita. Biarkan mereka.. Biarkan mereka.. Janji kita gembira..

~5`th StORy~

Seperti gayanya buku 555 ilusi aku seakan-akan sudah tebal berinci-inci. Yelah buku 555 ilusi aku ditulis dengan ilusinya setiap apa yang telah dipesan. Macam-macam versi buku 555 ilusi aku. Ada yang berkaitan kehidupan, dapur, masak-masak dan yang aku rasa paling tebal adalah berkaitan hal-hal perkahwinan. Semua kata-kata mak dan mak sedara aku tulis secara ilusi. dan apa yang aku nampak serta aku rasakan aku akan catatkan disitu. Hehe.. so jangan le pelik bila aku suka kecoh-kecoh kat kenduri yang mana aku handle la...

~6'th StORy~

BErsedialah untuk menerima kenyataan yang insan itu akan memilih orang lain dan bukan aku. Helakan nafas yang panjang. Kosongkan minda. Percaya pada hati cinta Illahi itu pasti...

~7'th StOrY~

Ada lagi sebulan sebelum kembali ke Johor. Moga satu lagi impian aku tertunai. Seandainya tidak akan aku teruskan apa yang aku dapat. Janganlah menjadi orang yang kufur nikmat. Tidak pandai bersyukur dengan apa yang diperolehi...

Sekian.. Tamat sudah StORy BY StOrY untuk edisi kali ini...

Mood : Maher Zain.. hahaha
Jiwa :Berusaha untuk tabah melepaskan nya...
Cuaca: SEjuk la jugak..
Kewangan: ~Empty~
~No Picture Suitable for this Posting~

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails