Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

20 November 2010

~Apabila aku tiada~

Assalamualaikum.. Dan salam berbicara..

Apa yang korang rasa bila korang takde benda yang boleh korang banggakan..?

Seperti .. korang tiada kerjaya.. tiada pendidikan... tiada chenta hati... tiada rupa paras...

Apa pula yang aku rasa....

~Bila tiada kerjaya~

Aku rasa aku adalah orang yang paling tak berguna didunia ni. YElah duit mak abah dah banyak dihabeskan untuk aku belajar. Paling sedih adalah bila aku tak pernah dipanggil untuk ditemuduga.. Adakah kelayakan aku seperti dicampak-campak seperti demam campak.. Tiap-tiap hari menanti Brother posmen yang kacak tu didepan rumah... Manalah tahukan ada surat ditemuduga.. Sekurang-kurangnya aku tahu aku masih terpilih dikalangan yang terpilih.. Tetapi kenyataannya.. Dipandang pun tidak.. ISk.. Tapi aku perlu bersabar kerana inilah yang telah ditetapkan olehNya kepada aku. Untuk melihat sama ada aku tergolong didalam orang yang kufur nikmat mahupun tidak...

~Bila tiada pendidikan~

Bila berada didalam golongan berpendidikan tinggi aku akan rasa betapa kurangnya aku. Setakat ni aku berada didalam golongan orang berpendidikan yang harus ada pada masa kini iaitu ijazah sarjana muda. Secara majoritinya tahap ini pun dah berlambak-lambak dah dipasaran. Tetapi ilmu itu adalah luas. Kadangkala seseorang itu tinggi pendidikan pelajarannya namun kurang pendidikan agamanya. Itu adalah yang paling rugi diantara orang yang rugi. Kerana pendidikan agama dapat menjamin kesejahteraan hidup didunia dan akhirat kelak..

~Bila tiada chenta hati~

Kepada siapa aku mahu berkasih sayang dan mahu berkongsi setiap suka duka. Terasa diri ini tiada yang memandang. Kenapa orang lain mudah dan senang bertukar-tukar pasangan. Silih berganti .. Sedangkan aku. Nak dapat sorang pun amat-amatlah payah. Sampai kadangkala terpikir ia adalah terlalu mustahil kerana didalam dunia ni terlalu ramai orang dan terlalu banyak pilihan yang boleh dibuat. Namun aku akan terlalu sedih jika aku dipalingkan dari chenta Illahi. Kerana chentaNya dapat dibawa ke mati dan sampai bila-bila. Bayangkan jika diri ini dijauhkan dari chenta Illahi hanya kerana aku terlalu mengejar chenta seketul makhluk tuhan. Ruginya aku didunia dan akhirat kelak...

~Tiada paras rupa~

Isk. GemOk aku ni.. Orang nak pandang pun dua kali pandang pun tak boleh perasan ini adalah aku. Takde rupa paras yang sekali tengok orang dah pandang. Ni sekali tengok orang dah mengata dah. "geMOk la minah ni.. kalo lelaki bule la lagi.. ni perempuan.. sape la yang nak suka kat dia ni".Bentuk badan mungkin boleh diubah jika ada usahanya. Chantek atau tidak itu adalah kurniaan Illahi. Kenapa mesti kita mengata kepada  ciptaan paling sempurna olehNya. Bagaimana pun rupa orang itu. itulaha yang paling sempurna telah dikurniakan. Kalau aku merungut pada kecantikan maknanya aku sedang merungut-rungut kepada penciptanya. Isk..

Disimpulkan seharusnya kita tidak perlu berbangga dengan apa yang kita ada, Kerana ianya bukanlah milik kita selama-lamanya. Ia adalah pinjaman daripada tuhan kita. Bila-bila masa sahaja segala pinjaman akan diambil balik tanpa kita memulangkannya. Dari hujung rambut hingga ke hujung kuku jariku segalanya pinjaman daripadaNya. Saat aku dilahirkan sehinggalah saat aku bernafas kini juga adalah pinjaman yang diberikan dan masih lagi diberi pinjam sehingga tiba saatnya ia diambil kembali..

Mood : Masih lagi in Positive Thinking...
Jiwa : Kalaulah ada orang yang suka aku.. apa aku nak buat.. haha
Cuaca: SEjuk la jugak..
Kewangan: ~Empty~
~No Picture Suitable for this Posting~

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails