Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

06 December 2010

~Awal Muharam~

Assalamualaikum dan salam berbicara...

Hari ini aku sangat-sangatt busy.. So baru ada masa nak updated blog.. Hehe

Seperti biasa lepas subuh memang aku tergolek balik atas katil. Namun nyenyak tidur yang pulas diganggu kasar oleh bunyi telefon tangan aku. Sekali imbas aku melihat skrin telefon tangan aku. Ceh... Si Fahmi gedik yang call. Bukan tengah interview ker..? Dengan malas aku menjawab telefon... "Err.. Hello.. Assalamualaikum...." rasa nak sambung tidur je masa tu. Dengan penuh semangat Si Fahmi bercakap-cakap.. Aku jawap je la.. Hahaha.. Harap ok interview kamu yer fahmi. Cepat sikit aku merasa nasi minyak kamu.. hahaha...

Lepas itu, memang aku memanjangkan jari jemari kaki ku untuk terus diulit mimpi indah. Kali kedua terkejut bila Apit masuk bilik. "Kak Ngah, tadi ada orang dari UTHM call. Dia cakap asrama ada nanti. Datang jer...". Urk... bila masa UTHM suka call-call rumah ni. Aku dengan pening-pening kerbau aku berpikir. Mesti Rehan ni. Dia je yang selalu call rumah. Tak pun zira. Hahaha...

Pastu Emak aku pulak masuk bilik. "Pijah, bila kena check darah dengan buat ECG". Urk... Aku dengan malas menjawab "Bulan disember..." Bulan ni la kan.. Isk.. Nasib baik aku tak makan pagi lagi. Malam tadi pun lepas jam 10 dah tak makan dah. 

Hari ini hari aku terlalu penuh, pagi diklinik buat check darah dan ECG. Pastu pergi makan Ketiaw Dolly di Taiping. Dan shopping-shopping.

Tapi hari ini adalah Awal Muharam. Kitaorang satu famili baca doa akhir tahun kat dalam kereta di Tesco Taiping. hehehe.. Doa awal tahun pula di Masjid Kampung Jambu Taiping. Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk menyambut Awal Muharam dengan kadar yang meriah. hehe...

Isk.. Seperti biasa permulaan yang semangat namun penghujung yang tah apa-apa.. Sabo je la.. Aku memang tetiba malas nak jiwang plak.. haha

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails