Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

23 January 2011

~Jagalah hati~


~Kredit Picture for Solusi Isu No.4~

pisst: Gambar tak clear Jadi semua akan ditulis balek.. Biasala kan henset murah.. mana dapat picture clear.. hehe

"Manusia terjerumus ke lembah dosa dan maksiat secara berperingkat. Virus dosa menghakis naluri hati sedikit demi sedikit. Oleh itu, awasi hati anda."

Salam berbicara minda.. 

Lama rasanya tak berbicara minda. Jadi hari ini kita sama-sama merenung seketul daging yang hidup didalam badan kita. Iaitu HATI...

Hati yang bersih adalah hati yang selalu mengingati Allah swt... dan hati yang hidup adalah hati yang selalu ingatkan mati. Hati orang mukmin ialah hati yang sihat dan ceria. Manakala hati orang fasiq(berdosa) ialah hati yang sakit dan resah. Dosa itu akan mengundang gelisah dalam jiwa.

Ketahuilah hati itu bersifat berbolak balik. Kerana ini kita sering diminta untuk berdoa agar tidak dibolak balik kan hati kita. Hati-hatilah dalam menjaga hati, hati akan menjadi sakit jika kita sering berbuat dosa. Hari ini kita kongsi 4 tahap dosa yang merosakkan hati.

1.Rasa bersalah dengan Dosa

Pertama kali membuat dosa, hati akan sentiasa diburu dengan rasa bersalah. Jiwa akan menjadi tidak tenteram dan tidak aman. Semua perkara yang dibuat selepas itu pasti akan terasa salah. Rasa bersalah itu sering merimaskan diri kita. Hari yang dilalui dirasakan seperti sedang berperang dengan diri sendiri.

2. Rasa biasa dengan Dosa

Apabila dosa yang dibuat berulang-ulang kali. Rasa bersalah akan hilang dan kita merasakan dosa yang kita lakukan adalah seperti perkara yang biasa kita lakukan. Rasa tiada apa yang harus dipersalahkan. Hati di tahap ini adalah hati yang tegar dan terus melakukan dosa yang sama.

3. Rasa seronok dengan Dosa

Dan bila dosa yang kerapkali dilakukan berulang kali. Hati akan mula merasa seronok dengan dosa yang dilakukan. Dan kita seperti akan sentiasa mencari peluang untuk melakukan dosa yang sama.Seumpama rasa ketagih kepada dosa dan lebih merasakan ia adalah suatu nikmat.

4. Menjadi pembela kepada Dosa

Tahap yang keempat adalah tahap dimana hati itu sebenarnya telah mati. Keseronokan kepada dosa menyebabkan pelakunya menjadi pembela dan pejuangnya. Pantang ditegur oleh golongan pembela agama, pasti lantang golongan ini bersuara menyatakan pendirian mereka.

Renungkanlah dimana tahap hati kita.. Orang yang hatinya mati adalah orang yang menganggap dosa mereka sekecil pepatung , sekali dihalau ia akan pergi....

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails