Pernah tak anda bermimpi anda lemas..?
Aku...??
Banyak kali.. Kadang-kadang terasa seperti di realitinya... Ya Allah seksanya lemas itu.. Bayangkanlah setiap saat dan ketika kita bernafas menggunakan udara.. tiba-tiba rongga hidung kita dipenuhi molekul-molekul separa kukuh ini... Mengalir memenuhi setiap rongga pernafasan...
Tersekat-sekat bernafas dengan pernafasan yang baru... Tiada udara yang mengalir membawa oksigen ke jantung... Tiada juga denyut jantung yang mengepan darah beroksigen ke otak.. dalam beberapa minit... seksanya sakaratul maut.... perlahan-perlahan berpisah roh dari jasad...
Itu yang setiap kali aku fikirkan bila terbayangkan lemas... Sedih dan sangat pilu bila mendengar kematian yang berkaitan dengan lemas... Berwaspadalah.... Berhati-hatilah.... Air itu keperluan kehidupan namun adakalanya keperluan menjadi bencana kepada kita...
Ingat MATI itu pasti... tiada alasan untuk kita tidak mati... kerana jasad ini hanya pinjaman sementara...
nota: Sentiasalah ingat akan mati.. kerana mati pasti akan tiba jua ...
0 Komen:
Post a Comment