Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

19 January 2010

~ Kain kehidupan ~

Anak-anak adalah kain putih dan kedua ibubapanyalah yang mencorakkannya. namun setelah anak-anak dewasa kain yang telah tercorak diserahkan kepada anak-anak untuk menyambung corak mengikut citarasa sendiri.

Ingin sekali aku bercerita tentang kain kehidupan aku. Kain putih kehidupan aku yang bercorak-corak mula melakari corak yang lebih abstrak. Kadang2 aku sediri tak paham dengan corak lukisan pada kain aku. Kadang-kadang ia ceria kadang menceritakan kesedihan. Adakalanya coraknya semakin garang. adakala juga coraknya semakin berani. Namun masih aku selitkan seni-seni halus didalam corak itu.


Mengapa.... ??? Entahlah.. ramai sudah yang telah bersama-sama mencorak kain kehidupan aku.. Keluarga aku... Guru2 ku. rakan-rakanku.. Pernah juga aku dicorakkan dengan warna-warna cinta.. Namun warna yang digunakan kian habis dan pudar. Adakah pemilihan warna yang aku gunakan tidak lagi sesuai dengan kain kehidupan aku. Corak-corak abstark aku mula di gandingkan dengan corak berbunga-bunga. begitulah hati aku betapa berbunga-bunganya hati aku.


Namun kini corak bunga musim luruh mula terlukis. Corak-corak dedaun nan gugur mula menghiasi kain kehidupan aku. Adakah selepas ini terlukisnya corak musim sejuk. bagaimana ya.. rupanya corak musim sejuk. owh sejuknya hati aku ini. corak kesedihan mula terlukis. setiap corak pasti dilukis dengan corak titisan air yang mengalir. warna-warna suram mula ku pilih.. owh bila agaknya stok warna keceriaan aku akan digunakan kembali.



Corak yang telah terlukis tidak akan dapat dipadam sampai bila-bila. hanya boleh menunggu warnanya pudar namun masih terkesan. Yang pasti aku akan mencorakkan kain aku sehabis baik untuk aku. biar xcantik dimata orang namum terkesan dihati mereka.

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails