Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

18 January 2010

~ Kecewa ~

Bila xde kelas jer.. ak mesti bersemangat bangun awal... Cuba xde kelas.. Apa ke payahnye nak bangun tidonyer.. Ni belom kul 8 lagi aku dah siap mandi semua dah... Hehehe.. mungkinkah kerana semalam... membuatkan aku terus bersemangat meneruskan hidup aku... Mungkin Ya... Mungkin Tidak...

Baiklah hari ini satu topik ingin aku buka kan... Iaitu... Kecewa... Anda pernah kecewa.... oh semestinya... Terlalu kecewa melihat result peperiksaankan.. hehehehe...

Sememangnya kita akan melalui perasaan itu.. Kecewa...

Bila kecewa perasaan mula bercampur baur.... Fikiran mula bercelaru... Tidak tahu apa itu rasional... Di dalam kes ini, terdapat segelintir orang ( hurm mcm xbest je ayat) yang tidak dapat berfikir dengan rasional sehingga melakukan perkara-perkara yang tidak masuk akal...

Di sini pentingnya pegangan agama... Selagi dan selama mana kita berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah.. Seharusnya... Seseorang itu tidak akan melakukan perkara2x yang tidak masuk akal... Antara kes2x yang berlaku adalah... memeras ugut.. membuat ugutan yang tidak munasabah.... memikirkan cubaan untuk membunuh.. sama ada membunuh diri mahupun diri sendiri.. Nauzubillah...

Ketika kita kecewa pastinya akan ada insan yang menghampiri untuk menenangkan kita.. Namun semua itu bagi aku la.. tidak akan membantu... So biarkan je lah.. yang kecewa itu menyelami kekecewaan beliau... cuba perlulah di pantau bukan dibiarkan.. kang mereng plak ( gilo la tu)..

Aku tak pasti apa rasanya kecewa bertahun-tahun... cukup2lah sehari dua... tak pun seminggu dua... Lebih2x xpayahlah.. bila mengenangkan perkara yang tiada ataupun tak dapat.. pastu menambah luka dihati.. So happy-happykan diri... untuk mengekalkan prestasi hidup ini...

Kerana yang pasti nya... Penghujung perjalanan anda bukanlah didunia ini... tetapi adalah di akhirat kelak.... Maka berusahalah untuk kesenangan dan kegembiraan di dunia dengan redha Illahi ... dan memastikan akan mendapat kebahagiaan di akhirat kelak.. Amin...

Maka topik hari ini di akhiri dengan Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh...

* Ehek mcm berpidato plak dah hahahahah *


~ Agak2 kome la kan.. dapat tak aku nak capai impian aku nak bukak konsultant kaunseling sendiri ehh.. ke aku pun tak terkaunseling ~

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails