Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

18 November 2010

~Selamat hari raya Aidil Adha~

Assalamualaikum.. Salam berbicara..

Mungkin belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha.. Raya tahun ni lain dari tahun-tahun yang lalu. Yelah pada tahun ini mak dan abah pergi menunaikan ibadat Haji di Tanah Suci Mekah. Moga dikurniakan haji yang mabrur.

Bila hari raya ni menjelma. Mesti kita nak merasakan suasana hari raya. Dan aku telah mencuba untuk menjadikan ia seperti hari-hari yang biasa. Dimana aku selalunya aku duduk ngan mak aku kat dapur memasak rendang dan sebagainya. Tapi ianya berbeza. Tahun ni aku duduk sorang-sorang. Berkira-kira bahan dan rencah yang hendak dimasukkan. Selalunya ada saja suara yang menyuruh itu dan ini. Ini rasa seolah-olah tak pandai je memegang sudip dan senduk..

Secara nyatanya.. Aku rindu mak ngan abah aku.. 2hb disember ni baru derang pulang ke tanah air. Moga dipermudahkan perjalanan mereka.. isk.. Paling sedih bila rendang yang aku buat tak jadi sama seperti yang selalu mak masak. Isk.. sangat berbeza.. Berbeza sangat-sangat...

Tapi bila raya kita akan mengembirakannya juga. Naseb baik semua adik beradik aku berkumpul dirumah semua. Kira masih meriahlah. Sekarang ni sedang membuat plan untuk menjemput mak ngan abah pulang nanti.

Selamat hari raya...

~End~

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails