Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

26 November 2010

~Apa yang anda ada...?~

Assalamualaikum.. Dan salam berbicara...

*Posting ini sesuai untuk orang yang bujang.. kowt la.. Hahaha*

"Cuba anda senaraikan apa yang ada pada untuk untuk sesorang itu memilih anda. Dan cuba senaraikan apa yang anda ada untuk orang yang dipilih oleh anda untuk menerima anda"

Kadangkala kita merasakan diri ini sudah sempurna untuk memiliki sesuatu yang sempurna. Namun rasa itu sebenarnya salah. Secara benarnya, setiap insan didunia ini tidak akan terkecuali daripada kelemahan dan kekurangan pada dirinya.

Namun perlu di ingat setiap ciptaan Illahi adalah yang paling sempurna. Maka apa yang dikurniakan itulah yang terbaik.
Seperti posting yang lalu. Saya menyatakan apa yang menyebabkan ia akan memilih saya. Sekarang saya cuba senaraikan apa yang lebih pada diri untuk membolehkan seseorang itu memilih saya.
Cantikkah...? Baikkah...? Budi Pekertikah...? Sopan Santunkah...? Pandai memasakkah...? Rajinkah...? 

Namun yang disenaraikan tetap hanya untuk kebahagiaan didunia sahaja...

Ternyata rupa-rupanya diri ini tidak sempurna. Bersoal pula kisah.. Bagaimana pegangan agamanya...? Bagaimana akhlaknya...? Bagaimana ia menjaga auratnya..?(hurm yang ini memang komfem aku failed). Ini mungkin ciri-ciri yang aku senaraikan oleh aku sebagai seorang anak gadis.

Bagaimana pula persoalan berkisahkan si anak teruna. Antara yang berkisah adalah... 

Hensemkah...? Baikkah...? Rajinkah...? Berkerjayakah...?

Terlupa agaknya bersoal tentang agamanya..? Tentang akhlaknya...?

Seringkali ketika dimajlis-majlis walimah. Pagi sebelum kenduri mesti akan diadakan majlis khatam Quran dan Marhaban ( Kat area rumah aku la .. Tak pasti rumah korang gane..) Yang pasti belah perempuan juga yang berkhatamnya pun. Kenapa belah lelaki tidak ada buat majlis khatam Quran yer.. Owh mungkin ketika mereka berkhatan dah buat besar-besaran.. Hahaha.. Ok..Ok.. Out of topic...

Sebenarnya mood aku terbit nak membuat posting ni selepas aku membaca satu artikel ni. "Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi Imam" . Haaa!! Nak baca.....? Cari sendiri. Berfikirlah mampu atau tidak anda... Jawapan anda yang tentukan.....

Mood : pening pale.. Dah beberapa hari dah tak contact ia..
Jiwa :Chacha merba.. Masih mahukan dia..
Cuaca:Malam dah.. Malam dah..
Kewangan: ~Empty~

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails