Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

13 November 2010

~Bersediakah kita...??~

Assalamualaikum dan Salam Berbicara..

Tiba-tiba perasaan aku menjadi sempit. Terasa sesak dan tersekat-sekat nafas didada. Ketika berbaring pun tiada tenangnya. Ya Allah apakah rasa ini ..??

Seringkali kita berharapkan masa yang terluang dan lapang ini berlalu dengan pantasnya. 
Seringkali kita berharapkan masa gembira itu akan semakin hampir..
Seringkali kita berharapkan apa yang kita harapkan..

Percayalah ketika dan saat ini jiwa aku tiba-tiba berkocak. Kita sering mengharapkan yang gembira didalam hidup kita. Tetapi pernahkah kita bersedia untuk menghadapi kedukaan dalam diri..

Setiap wajah yang aku sayangi silih berganti.. Satu persatu membawa harapan masing-masing. Mereka juga inginkan kejayaan untuk diri mereka didunia dan akhirat.

Selalukah kita memikirkan bila kita akan kehilangan mereka. Atau bilakah mereka akan kehilangan kita.. Kita tahu yang kita saling sayang menyayangi tetapi inilah kehidupan. Bila-bila masa nyawa yang dipinjamkan akan diambil kembali. Bersediakah kita...??

Bersediakah kita untuk melepaskan orang yang kita sayang pergi ke alam yang lebih abadi..??

Aku sendiri tidak yakin kepada semua itu. Aku tidak yakin yang aku bersedia mahupun tabah untuk menghadapi semua tu.. Aku tidak yakin juga yang aku telah bersedia untuk kesana. 

Kadangkala fikiranku berputar-putar menginginkan segala-galanya berlalu dengan cepat. Tapi apa penghujungnya.. ? Di mana penghujungnya....? Kerana apa penghujungnya...?

Sedarlah wahai aku.. Penghujung bagi segala-galanya adalah berakhirnya kita didunia ini.

Adakalanya hati ini terlalu inginkan kegembiraan dan keseronokan. Tapi sampai bila semua itu akan bertahan. Sampai mana kita akan bertahan... Kembalilah kepada asalnya...



"I always think what will happen when you don`t love me anymore.. It`s like a the end of the world. But i`m wrong. The end of the world is when we died. I promise that i will love you because of Allah SWT... and everything that i do i for Allah... Because our life, soul , body and everything is belonging to Allah.. Why we just done everything for human sake only..? Why we don`t do everything for Allah pleased..?" Fizah Rahim 3.02 a.m 14/11/2010

~Sahabat… Masih ada waktu
Untuk kau dan aku menghitung
Dosa-dosa lalu
Lantas membasuhnya
Kembali menyinar
Menghiasi taman-taman kasih

Masih ada waktu bagi kita
Mengikis coreng-coreng mazmumah
Dan mengutip kuntuman mahmudah
Menghiasi kamar hidup ini~ Rast - Masih ada waktu

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails