Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

17 November 2010

~Lagu ku untuk sahabat~

 

~Laguku untuk sahabat~ 

Dulu pernah aku berjanji kau sahabatku sampai mati..
Yang ada yang bagi.. yang takda sama-sama dicari..

Pernah pula engkau berjanji aku sahabatmu sampai mati..
Yang terluka memaafkan yang melukai dimaafkan..

Aku memohon kesabaran pada mu Ya Allah..
Kerana dirinya saat ini telah melukaiku
atas nama mu ya allah ku mohon kelapangan untuk memaafkan 
segala kesalahan sahabat ku..

Aku memohon kesabaran padamu ya allah
Bahawa diriku mungkin juga telah melukainya..
Atas nama mu Ya Allah ku mohon kelapangan untuk memaafkan
segala kesalahan sahabat ku...

~Begin~

Sekali lagi posting berkaitan dengan seorang teman ini. Hari ini adalah hari speselnya. Tetapi kenapa hati ini sangat berat untuk meng`wish` sesuatu. Terlalu berat dan seperti ditarik-tarik tidak mahu. Adakah dia tidak tahu apa yang dia telah lakukan.. Adakah dia merasakan ini adalah sesuatu perkara yang biasa.. Adakah dia memang sengaja membiarkan ianya berlaku.. Kenapa.. Emosi aku seumpama dicarik-carik kasar. Secara tidak sengaja dia terlalu melukakan hati aku. Perbuatan dan keadaan dia sangat menyesakkan ruang rongga hidup aku. 

Walaupun dia tidak ditempatkan di ruang hati aku. Tetapi dia pernah menghiasi kehidupan aku dengan penuh warna warni. Suka dan duka pernah dikongsi bersama. Tapi kenapa kini sepi dan terus menyepi.. Aku tak paham... Tolong pahamkan aku.....

~End~

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails