Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

10 November 2010

~StoRy By StOrY~ 10 more story for tOday...

Assalamualaikum.. Hey... StOry bY StoRy is BAck AgaiN....

Macam-macam perkara bermain-main didalam minda aku sekarang ni. Tapi aku pun tak dapat mentafsirkannya agar ia menjadi sebuah perkara yang mudah untuk difikir. Sangat complicated rasanya...

1'st StOry..

Aku sangat bosan. Sampaikan aku nak melangkah pun aku bosan. Kalau nak merintih kenapa taknak bekerja tak boleh. Sebab aku yang gatal-gatal nak gi sambung belajar. Bajet nak akademik tinggi la kononnya. Yele aku dah le tak pandai. Apa yang orang nak pandang kat aku...??

2'nd StOry..

Tiba-tiba terfikir. Bila gaji diberi awal dari masanya adakah ia menyenangkan atau menyusahkan. Yelah. Setiap bulan bajetnye mestilah ada. Bila dah awal ni tak ke terasa mende ni lagi mudah cepat habis. Aku pun tak tahu macam mana ? Sebab aku tak kerja lagi.

3'th StOry..

Seperti yang aku cakap. Aku nak kete. Nape nekad sangat aku nak kete ni. Padahal bawak kete pun tak reti lagi. nak MyVi ke..?? Atau Saga...?? Pilih-pilih.. kang dah pilih kang letak kat kaunter yer.. nanti bayar kira sekali. Nak resit yer...

4'th StOry..

Aku cuba untuk menghayati hari-hari lapangku dirumah untuk sebulan ini. Tapi apakan daya. Aku tetap bosan. 15hb Disember adalah tarikh untuk lapor diri bagi Program INSEP kat UTHM. Tapi aku nak tunggu panggilan master pendidikan dulu.. Wahai dunia pendidik... Berdoalah ... Agar aku datang ke dunia mu.. Agar dapat kita bersama-sama bergerak menuju ke arah kejayaan bersama.. Chewahh..

5'th StOry..

ISk. Lambat lagi nak 2hb Disember. Mahu menanti parents ku pulang.. Hey..Hey..HEy.. Tak sabar.. hehe.. I miss them very much..

6'th StOry..

Bosan sudah aku mengadap facebook. Tiada yang memberangsangkan aku. Tapi cukuplah sekadar aku melihat rutin kawan-kawanku disana. Sambil memonitor facebook tu setiap minit umpama seorang operator. 

7'th StOry..

Aku masih menanti brother Skynet ni. Kenapa dikau tidak kunjung tiba. Kenapa barang-barang aku selalu sampai lambat...?? Pedalaman ke rumah aku ni...??Bencirk.....

8`th StOry..
Kadang-kadang aku terfikir. Adakah aku ni seorang batu api.. Tapi salahkah aku bila mahu bercerita. ISk.. Mintak dijauhkan dari perangai fire stone tu.. "Fire stone is not good"

9'th StOry..

Aku berharap aku menjadi seorang yang sabar. Yelah.. Ditakdirkan jalan kehidupan aku tidaklah seindah orang lain. Tiada job yang senang nak datang. Aku pun tak juga ditakdirkan untuk menghadiri satu pun interbiu. Seyes aku cakap aku tak pernah pergi interbiu kerja. Setakat interbiu nak dok Kamsis ada la.. 

"Aku menangis kerana tidak mempunyai kasut. Namun aku bersyukur kerana aku dikurniakan kedua belah kaki ku"

Aku harus bersyukur.. Kerana tak semua orang rezeki itu dipermudahkan. Bersyukurlah wahai aku. kerana walau begini jalan cerita hidupku aku tetap dikurniakan hidup yang mudah.. Amin..

10'th StoRy..

Cerita last didalam StoRy kali ini. Aku sangat berharap aku tidak selalu berbicara tentang H&P kerana H&P adalah sesuatu yang tidak boleh dipaksa-paksa dan ada kalanya H&P adalah sesuatu perkara yang sukar untuk diramal..

Mood:Tak tahu nak cakap apa sekang ni..
Jiwa : Sepi....
Cuaca: Baru cerah.. tadi hujan lebat...
Kewangan: ~EmpTy~
 
~ No Picture Suitable For This Topic~
 

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails