Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

25 November 2010

~StoRy By StOrY for 25 Nov 2010~

Assalamualaikum dan Salam berbicara SBS...

Sejak akhir-akhir ni memang aku asyik nak mengumpul cerita jer kat dalam satu posting. Yelah kang rimas plak yang membaca.. Eheh.. dia ni lagi updated blog.. Asyik-asyik dia jer yang updated. Sah takde koje la tu...

Okeh teruskan dengan SBS kita pada kali ini...

~1`st StOry~

Hari ni aku mimpi mak dan abah. Rindu kat mereka. Yang tak tahan dalam mimpi tu boleh pulak pikir.. Ini mimpi ni.. isk-isk.. bagus nyer aku ney..

~2`nd StOrY~

Sedang aku memasak tengah hari ditengah hari tadi. Waktu tu azan. Baru je bilal tu sebut.. `Allahu Akbar Allahu Akbar~ sekali terdengar bunyi hon-hon yang kuat sampai mentenggelamkan suara bilal tu. Aku bergegas ke depan untuk melihat apa yang terjadi. Rupernya ada ada sekumpulan kereta berhias yang membawa pengantin memandu laju sangat ( kira laju la dikawasan perumahan.. ingat jalan korang ker.. cehhh) sambil semua kereta menghon-hon hebat. Ceh... ingat dia je ke yang kawen.. Tampo kang....

~3`th StOrY~

Aku isytiharkan yang Brother Posmen hari ni tak hensem. Sebab dia hanya Poskan surat INSEP adik aku jer. Aku nyer surat mana.. Eiii.. 

~4`th StORy~

Hari ni aku try buat ayam penyet... Tapi tak sempat penyetkan.. aku malas.. hahaha.. pas dah siap-siap goreng rempah.. Aku campak je atas meja.. MAkan.... je.... sedap ke tak sedap sila makan.. Hahaha.. Last-last orang lain semua habis makan ayam aku je yang tak habes. Ada bawah sangei ( tudung saji) tu lagi. 

~5`th StOry~

Tiba-tiba teringat kat anak sepupu tu. Qalesya ... Yang suka bercakap "wahhh.. Cantiknyeerrr" bila melihat apa yang berkenan dimata dia. HEy2x... chumel2x..

~6`th StOrY~

Isk.. Sedih aku pedih. Susah rasanye bila bertepuk sebelah tangan ni. Walau aku mencuba untuk menjauhkan diri darinya tetap tak boleh. Secara tak sedar aku yang macam terhengeh-hengeh kat dia.. Hellowwww... Dia bukannye hensem sangat pun... Bukan sangat pun.. Memang tak hensem.. Hahaha... Tapi hati dia hensem sehingga mengaburi segalanya.. isk.. 

~7`th StOrY~

Isk.. dada rasa sempit. sakit sikit-sikit. So hari ni aku membuat kerja sambil lewa jer.. Jalan pun malas nak laju-laju janji melangkah sudahhhh.....

Hari ni sampai 7 je kot story... Nantikan dilain masa dan hari yer... Hehehe.. TEngok-tengok di Posting yang akan datang ni.. Hehehe...


Mood : Mood aku tak bagus la... Tapi pura-pura bagus..
Jiwa :Chacha merba... Kacau bilau....
Cuaca: Petang dah....
Kewangan: ~Empty~
 

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails