Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

24 November 2010

~Tangan kebas.. isk...~

Assalamualaikum.. dan salam merapu-rapu dikala buhsan ini..

Isk.. sakit tangan dah datang balek. Kebas-kebas sampai ketulang rasanya. Kadang-kadang sebab inilah aku sangat malas nak menyetelkan semua kerja-kerja house stair ni. Mengemas.. Basuh baju.. sidai baju.. lipat baju... Cuci toilet... Semua-semualah..

Aku kadang kadang pelik ngan tangan aku. Tak boleh nak buat mende berat-berat. Kalau buat mula la... Malam tu kebas sampai ke tulang. Pastu naik sampai kadang kadang sesak nafas dibuatnya. Ada sekali aku terlantar di wad kecemasan sebab tak boleh bernafas lepas kedua belah tangan aku kebas.
Bila aku search-search kat tenet tentang tangan kebas ni. Ada yang menyatakan kebas tangan berkait rapat dengan jantung. Yelah ia kebas sebab oksigen tak sampai. Maknanya ketika ini jantung aku tengah lemah mengepam darah keseluruh badan. ISk.. moga baik baik sahaja..

Aku baru sekali je pernah buat ECG.. Hurm.. ujian jantung.. Ada prob kecik je.. tak besar mana pun.. Next ECG pada bulan 12 ni. Tak tahu la apa result dia nanti.

Kadang kadang korang memang akan nampak aku buat mende-mende yang ringan dan mudah jer. Aku peduli apa orang nak kata aku. Yang sakit aku.. Bukan korang. Nampak macam sehat jer.... Nampak jer.. Har...Har... kenapa nak merintih dengan kesakitan yang dialami.. Hidup kena cerita menghargai setiap detik dan ketika yang berlalu..

Selalu sangat aku rasa nak tergelak bila baca akhbar-akhbar ni. Tambah-tambah membaca ayat "ia sedang menderita penyakit darah tinggi" ... Isk... simpulnya aku pun tengah menderita la eh.. Takde la derita sangat deritanya nak makan ubat jer.. Aku malas....

Tapi penyakit ni banyak mengajar erti pentingnya menghargai detik-detik indah. Setiap detik yang berlalu kenapa perlu di rintih dan di tangisi. Seharusnya diraikan nya dan bergembira dengan masa yang diberikan. Semua yang berada disekeliling kita adalah VVIP. Semuanya sangat penting. Namun ada sebab dan perkara yang menyebabkan rasa rimas dan benci hadir. 

ISk.. dalam satu posting yang banyak topik.. ok sampai sini jer.. daaaa

2 Komen:

~ said...

smoga anda cepat chat.

Unknown said...

Terima kasih...

Related Posts with Thumbnails