Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

11 November 2010

~Tentang aku....?? Taklah.. ni tentang kita ajerr.....~

~Assalamualaikum.. Salam berbicara~

Ikutkan aku .. Aku dah tak nak banyak bercerita tentang H&P. Namun apakan daya ? H&P tidak lah boleh dipisahkan dengan diri ini terutama masa dan ketika lapang ini..

But today.. Aku taklah mahu bercerita tentang H&P aku dan juga bukan H&P orang lain. Tetapi tentang H&P kami semua.
Hari ni tiba-tiba seorang teman ni berkata , ayat dia ala-ala cam gini la.. tak ingat sangat dah..

"Dah buat persediaan ke untuk menjadi isteri mithali @ ciri isteri mithali. Belajar memasak dan semua. Tengah-tengah tak kerja ni. Nanti dah kerja susah nak belajar semua tu."

Urk.. Tiba-tiba fikiran aku berputar-putar ala-ala citer kartun masuk dalam puting beliung. Huh.. Persoalannya disini... Perlukah semua perkara tu nak dicerita-ceritakan kepada awam..

"Saya pandai memasak.... Hari ni nak masak........blah..blah..."

"I ni suka la dengan kanak-kanak.. Alolololo(sambil muncung-muncung mulut) chumels nye budak ni.. I memang sangat suka kan kanak-kanak"

"Eiii.. apa semak-semak ni. kalau kat rumah aku takdenye macam ni. Semua pasti tersusun ala-ala kat muzium ni. Takde sawang-sawang ni ..."

Aku dengan lancarnya menaip. ( hahahaha aku memang bab-bab nak balas kat orang ni memang aku cepat jer..) Nak kena beritahu ke semua tu..Tapi tu la.. Kalau tak beritahu orang tahu kan.. Tapi kalau beritahu nanti timbul riak pulak. Patutlah aku takde boipren lagi ni. Eiii... Sebab tak bagitahu...

Last-last ayat best dia bagi. Hehehe.. Alah kalau ko bagitahu ko dapat suami terus... Urk.. aku nak bagitahu sape... Hahaha. Kalau betul.. Tambah dia lagi. Ada perkara yang perlu diberitahu sebab manusia ni bukannya tuhan boleh baca H&P orang lain. Ada betulnya apa yang dia cakap.

Last sekali jujur aku katakan kat dia. Aku dah malas nak pikir tentang semua ni. Just tunggu dan melihat. Tapi sebenarnya usaha itu perlu ada. Setelah itu barulah bertawakal. Sekali dia bagi contoh diri dia pulak. Dulu rajin sangat couple last-last sekarang ni sorang je. Hehehe.. Dalam hati aku cakap.. Padan muka.. kan dah bazir masa dan waktu. Tenaga dan wang pun sama terbuang begitu sahaja tiada balas. Hahahahahahaha... 

Tapi aku cool je la balas balek kat dia.. Hehehe.. Dalam hati aku sekali lagi... hahaha.. single ni.. Aku tekel kang.. buat laki.. dah keje ni.. best pulak tu.. Muka pun hensem la.. Hehehehehehe... Jahat sungguh hati aku kadang kala. Tapi tulah aku tetap aku. Hanya mempunyai selemah-lemah kekuatan iaitu bertindak hanya didalam hati. Tu kira aku mengorat dalam hati la.. Luar.. Ohh Pleaseee... no my manner la.... Sopan dan santun masih tebal menyelubungi diri aku.. Hahahaha

Mood:Terpikir gak nape takde sape yang nak aku ehh...??
Jiwa : ISk. aku sedar.. aku gemuk.. hahahaha
Cuaca: Malam.. dah nak masuk pagi...
Kewangan: ~EmpTy~
~ No Picture Suitable For This Topic~

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails