Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

13 November 2010

~Today at Ipoh~

Assalamualaikum.. Dan salam sejahtera..

Ohhyaaarghhh... Hari ini sesangatlah penat.. Bengkang bengkong rasanya tulang belakang aku.. Mahu tak penat.. semalam aku tido kul 3.30 pagi sebab melayankan youtube ceramah Ustad Sabidi tu... Memang jam pepagi tu aku mengekek-ngekek ala-ala bayi baru tumbuh gigi * urk.. chumels tu....*

Pukul 5.50 aku dah bangun semayang subuh. Pastu terbongkang balek. Tapi kul 6.30 aku dah start bersiap-siap nak pergi ipoh. Padahal adik aku yang exam. Aku dah siap dia ada tido atas katil lagi. Eiii... Chantek la sangattt...!!! Aku apa lagi memang dah takde kerja aku on la pesbuk kejap.. hehe...

Dipendekkan cerita .. Dah setel aku mengdrop adik aku kat Sekolah Izzuddin tu.. Aku lepak-lepak rumah bapa sedara aku. Cu & Maksu.. Urk sangat kenyang duduk kat rumah tu.. Rasa nak meletup.. Maksu sangat suka suruh orang makan.. Hehehe.. best-best.. Tenkiu very much cu & maksu.... Muah...Muahhh...

Kul 11.30 kitaorang pun keluar bajet jalan-jalan kat JEyJEy Epoh... Apa lagi layan movie la.. Hari ini aku mengikut pilihan Afdlin Shauki... Dia telah mengsageskan agar menonton filem ESTET.. dan ternyata is sangat best.... Hey-hey...


Mula-mula melangkah ke bilik nombor 6 tu je. Hidung aku dah terbau bau nasi goreng patayya.. Isk . dalam hati aku pelik la juga.. Boleh ke masuk wayang bawak nasi goreng patayya ni.. Hahaha.. Kalo boleh baik aku bawak nasi goreng daging merah.. Entah la.. derang ni pakai perfume bilik bau nasi patayya kot. Hehe.. 

Cerita ni sangat-sangatlah best.. Enjoy.. Ala-ala citer tamil tapi sangat klakar.. Aku memang gelak tahap `vavi` la dalam panggung tu.. haha~ Paling tak boleh blah gaya Rosyam Nor.. ISk.. nape la ko ni lawak sangat Rosyam... * ni kalo rosyam dok sebelah aku.. memang aku tepuk-tepuk bahu dia sambil cakap.. Ko ni lawak la.. syabas...syabas.... i lap u rosyam..*

Balek layan McD.. aku rasa aku tak boleh nak duduk melepak lama kat JeyJEy tu.. Tekanan aku rasa. MAcam-macam makhluk yang aku xtaw datang dari planet mana tah merayau-rayau kat situ.. Eii pelikkkk... Hahahaha...

Ini je la kot yang aku nak cerita kan.. hey2x...

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails