Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

07 December 2010

~Coretan perjalanan ~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Lama rasanya tak betul-betul meletakkan perasaan pada blog ni..
Banyak hal yang kena dibuat...
Tambah-tambah persediaan untuk pulang ke Johor...

Persediaan mental dan fizikal aku perlu kuatkan.
Banyak yang hendak difikirkan...

1. Cari rumah sewa yang murah dan dekat.
2. Kenderaan ketika disana.. Bawak Ego lagi ke..
3. Macam mana nak pergi sana. Barang banyak tu.
4. Yuran tu macam mana yer.. Kena bayar penuh ke yer..
5. Kena beli berukband la gini. Macam mana nak updated blog.
6. Macam-macam lagi aku fikirkan.. Urk..

Tapi naseb baik rumah sewa dapat diselesaikan.. Alhamdulillah.. Tapi aku kena bersedia yang rumah itu adalah kecil.. tidaklah selesa seperti rumah dulu. Aku rasa aku tak patut nak mengutuk rumah yang bakal diduduki. Kerana waktu takde rumah lagi aku sering seperti pasrah. Kenapa bila dah dapat rumah ni. Nak demand-demand pula. 

Aku juga kena menerima hakikat yang aku akan berroomate. Tabah yer Fizah. Melalui pengalaman. Selesa sangat pun aku tak score.. Aku harap aku dapat score kali ini. Yelah bidang yang aku suka dan minat.. Tetapi aku tak pernah mendalami sedalam-dalamnya bidang ini. Harap kena pada jiwa.

Semoga berjaya Fizah. Benar kata hati ku. Allah menentukan hati aku tenang untuk menyambung pengajian. Ya Allah engkau telah menunjukkan jalan hidupku Ya Allah. Moga ketenangan ini akan dikecepi sehingga akhir nanti.. Amin


0 Komen:

Related Posts with Thumbnails