Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

21 May 2011

~Jangan jadi bodoh sombong~

Bila kita selalu berjalan ... melihat dan mentafsir.. Pasti banyak perkara yang kita dapat ketahui... Namun bagaimana dengan orang yang berjalan... ia mampu untuk melihat... Namun ia tidak mampu untuk mentafsir...

Jangan jadi seorang yang bodoh sombong....

Why !!!!

Nak sebut pun tak best kan... BODOH.... SOMBONG... dua kombinasi perkataan yang kalau kena pada kita pasti kita akan melenting... Wut... bodo.. wut.. somong....

Tapi itulah hakikatnya... Bukalah mata... Hidupkan hati.... Kenapa mesti dibiarkan hati itu bergerak mengikut kehendak diri sendiri.. Kenapa tak pernah cuba menyediakan satu ruang dalam hati itu untuk mendengar apa yang dikatakan oleh orang lain...

Arghh.. pedulik aku .. apa orang nak kata.. buat apa nak amek port... Hellow.... If uolls rasa uolls tu okeh.. Cuba uolls tengok sekeliling uolls.. apa yang orang sekeliling uolls buat kat uolls... Adakah orang sekeliling uolls mula melarikan diri dari uolls... atau makin rapat...

Setiap perkara pun pasti akan ada kritikannya.. cuba kita terima kritikan ni secara hati yang terbuka.. jangan kita sahaja yang hendak kritik orang tapi kita tak pernah nak terima kritikan orang lain.. Apa kes beb!!!! 

Hati lu kering.....??? Please arrr... jangan le amalkan hati kering...... Ingat orang suka ka.. tak payah la... buat susah je ko g keringkan hati tu... Pekakkan telinga.....?? Ya Allah... Allah dah beri telinga kenapa nak pekak kan... HEllow.... cuba dengar.. ni tak tau nak emo kamu je... benci ar...

okeh... coretan ini untuk diri sendiri.. Sekian...

~Jerit hati ini~

Kadang-kadang aku rasa seperti mahu menjerit yang aku sayangkan kamu kepada semua orang...

Tapi kamu bukan milik aku lagi...

Tunggulah masa yang akan datang...
Sabar...

20 May 2011

~Apabila kenangan itu berselisih~

Kadang kala aku tercari-cari bukti kenangan bersama kamu ketika dulu.. Namun aku harus menerima hakikat yang kenangan kita bersama tidak dapat dibuktikan..

Kenangan antara kita tercipta diantara suratan atau kebetulan sahaja.. Iya... Sebenarnya terlalu banyak kenangan aku dan kamu sebenarnya.. Tapi segalanya terjadi secara kebetulan..

Kadang - kadang aku terfikir kenapa kenangan antara kita tak dapat di kongsi.. Juga sebenarnya kita sendiri tak tahu itu sebenarnya adalah kenangan kita.. Perjalanan kita umpama berselisih sahaja.. Aku ada dimana kamu berada.. dan kamu ada dimana aku berada.. Tetapi kenapa tiada kenangan yang tercipta antara kita..?

Hurm... Tidak mengapa.... Moga hari-hari yang mendatang akan menjadi kenangan yang terindah buat diri kita dan moga dapat di ingat sehingga akhir hayat kita nanti..

19 May 2011

~Perpisahan itu Pasti~

Apa rasanya bila anda akan menghadapi satu perpisahan...

Sesak nafas yang ada... Sempit rasanya di dada... Itu baru hendak menghadapi perpisahan yang sementara.. Masih teringat lagi dimana aku mengalirkan air mata dan menangis teresak-esak apabila menghadapai perpisahan dengan rakan-rakan pengajianku...

Berbagai-bagai perasaan yang dirasakan ketika itu.. Ada yang dirasakan berlari hebat.. Ada juga yang dirasakan terlalu laju melarikan diri dari aku... Aaaaaahhh.. mengeluh sahaja aku kan... Tak bagus sungguh....

Bagaimana jika aku perlu menghadapi perpisahan yang paling abadi.. Adakah aku sudah bersedia... Pada bila-bila masa aku harus bersedia untuk menerima kenyataan sama ada aku atau pun orang sekeliling aku yang akan pergi dulu...

Ya Allah... Matikan aku didalam rahmatMu Ya Allah...

18 May 2011

~Berita Pilihan - Budak tersepit celah dinding~

BEIJING - Seorang budak lelaki dari Daye di wilayah Hubei tengah China tersepit di celah dinding bangunan selama tiga jam sebelum diselamatkan beberapa anggota bomba, lapor sebuah akhbar semalam.
Budak lelaki itu bersembunyi di celah ruang kecil berukuran 15 sentimeter di antara dua bangunan semasa dia bermain permainan sembunyi bersama rakan-rakannya baru-baru ini.

Pihak bomba dihubungi selepas beberapa rakan dan orang ramai gagal menariknya keluar dari celah bangunan itu.

Beberapa anggota bomba bertindak memasuki salah sebuah bangunan bagi memecahkan dinding berhampiran budak itu untuk menyelamatkannya. - Agensi


~Alolololo... Kesian kat budak ni.. tersepit....~
Bayangkan betapa gembiranya kanak-kanak ni bermain sembunyi-sembunyi... Ada gelak dan tawa di raut wajah mereka.. Namun kegembiraan itu hanya sementara.. Sedihnya dia bila tersepit selama 3 jam ni... Apa yang bermain difikiran dia ketika itu....

Sama juga seperti kanak-kanak yang gembira dapat bermain.. Namun bila tanpa pengawasan ibu bapa.. Kanak-kanak ini umpama diletakkan didalam zon yang paling bahaya walaupun keadaan sekeliling adalah selamat..

Kanak-kanak adalah seorang yang belum dapat memikirkan dan membezakan bahaya atau pun bahagia... Kerana itu didikan itu penting.. Jangan terlalu memberikan kebebasan kepada mereka.. kerana pemikiran mereka bukan seperti pemikiran dewasa.. Juga jangan terlalu mengongkong mereka kerana pemikiran mereka perlu berkembang dengan mempelajari sesuatu yang baru namun dengan bimbingan dari ibubapanya...

ehhh.. Terbuka topik pasal Perkembangan Kanak-kanak pula... Okeh Dolly.... Say aaaaaa.......

p/s: Suka tengok anak cina.. hehe.. mata sepet.. keh..keh..

~Hari ini I~

Satu lagi hari yang sepertinya berlalu seperti hari-hari yang lalu... Tiada perkembangan positif.. Tiada yang terbaru.. dan tiada penambahbaikan.... huh....

~Hati ini pada hari ini~

Assalamualaikum....

Tiba-tiba hati aku ini rasa sedih dan sayu.. Kenapa yer... Oh ya... Aku rindu Jejaka Masa Hadapan aku... Memang baru je jumpa dia.. Tapi hati ini tetap menyatakan rindunya aku kepada dia..

Aku sangat berharap aku tidak meminta berlebih-lebihan.. Aku sangat risau.. suatu hari nanti aku akan terlupa yang hakikat bahagia aku adalah hadir dari kesederhanaan.. Kenapa aku mesti meminta perhatian yang berlebih-lebihan dari dia.. Tak perlu rasanya.. Tapi kadang kala tanpa sedar aku mengharapkan dia lebih memberi perhatian kepada aku..

Jangan jadi tamak Fizah.. Sekarang ini hidup dia bukan milik aku lagi ....Moga akan dapat yang baik dapat dibalasnya.. 

Sepatutnya aku bergembira.. Insan yang dulu pernah dipuja namun diletakkan jauh disudut hati telah pun hampir menjadi milik aku.. Semakin hari... semakin dekat rasanya aku dengan dia..

Jangan buat perbuatan yang membosankan dia ... Tapi Aku tak tahu.. Apa perkara yang membosankan dia... Rasanya aku masih tak kenal diri dia siapa...

Tapi tidak mengapa... Bersyukurlah bila diri ini telah dipilihnya... Berusahalah sedaya yang mampu.. Terimalah apa seadanya.. Tabahlah hadapi segalanya.. Sabarlah bila ada dugaannya nanti...

Moga diri ini dapat bersiap sedia dalam menerima apa juga kemungkinan... Bergembiralah wahai hati... Andai sabar itu yang menghiasi diri... Kelak pasti bahagia itu adalah ganjarannya... Mudah-mudahan diberkati dan dirahmati Illahi... Moga dijauhkan perkara yang buruk didalam hubungan ini... Amin...

Jelas aku menipu diri aku jika aku menafikannya.. Walau kadang kala aku melihat orang lain dengan mudah menyatakan cinta kepada umum.. Tetapi kenapa bukan aku.. Owh ya... Ingatlah wahai aku.. Tiada apa yang kekal akan menjadi milik kita.. Bila-bila masa hak atau perasaan itu boleh diambil semula oleh tuannya... Ingat... Segalanya milik Allah swt... Jangan terlalu yakin dan takbur dengan apa yang dimiliki sekarang.. kerana akan datang belum pasti yang ada hari ini masih menjadi milik kita.

Ingat mati itu lebih pasti dari melihat mata hari keesokkan harinya...

1Malaysia Printing Taman Universiti Parit Raja

Salam 1Malaysia...

*Urk entri ni bukan nak mengutuk orang tapi terkenang jer...*

Ini adalah pasal perkara yang memang membungkam didalam jiwa aku ni.. Eii geram aku.. Geram... memang aku geram sangat dengan kedai ni.. Cakap putar alam... mencciii... Orait kita tengok kedai apakah...


Yaaa.. Inilah dia 1Malaysia Printing....*memang saje aku letak tajuk entri ni 1Malaysia Printing... Biar bila orang search nama dia jumpa entri aku dulu.. hahahaha*

Jangan buat kejam dengan aku.. Kalau korang taknak dikejamkan oleh aku... 

Rentetan peristiwanya masih segar dalam ingatan aku.. Walau tarikhnya aku tak berapa nak ingat...

Kelas aku telah bersepakat nak buat baju koparat untuk lawatan Pedagogi ke PJB.. Orait bersemangat aku dan rakan-rakan pergi survey kedai... Fine... kitaorang dapat kedai yang murah dan menjanjikan boleh buat ikut saiz yang kitaorang nak...

Berlari-lari itiklah kitaorang mempublishkan gambar baju contoh di dalam group.. moga-moga rakan sekelas berpuas hati dengan pilihan kitaorang.. tapi di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan Kak Lynn (yang menguruskan baju didalam kelas) tak dapat memberikan duit kepada kedai sebagai deposit sebab ada budak kelas yang degil nak mati *tambah sikit... gedik giler... berkira pasal duit ni... lempang gak kang...* tak bagi duit lagi...

Mula-mula waktu survey... si pekerja yang bernama Saiful @sepol *memang aku bagitau nama dan karekter dia dalam ni.. hahaha* janji kepada kitaorang yang special size ni boleh ikut saiz yang diberikan.. 

Dialog I :

Kitaorang : Yang macam kitaorang yang special size ni macam mana ehh....
Sepol : Ehh takpe.. kalau nak senang nanti boleh bagi kemeja ke apa ke.. yang boleh ikut saiz dia...
Kitaorang : orait.... cun...

Tapi waktu Kak Lynn pergi hantar saiz... derang boleh tanya nak buat apa dengan baju kemeja ni... So baju tu dipulangkan kembali.. Menyebabkan kitaorang kena pergi lagi sekali kat kedai.. Di kedai kitaorang berurusan dengan Kak yang besar.. sebab ada dua orang pekerja pompuan kat situ.. satu kecik dan satu besar.. so ni yang besar...Kak tu cakap kalau tukang jahit dah potong tak boleh nak tukar... *dalam hati aku.. waaa.. efisen giler syarikat ni.. pagi bagi saiz... petang tukang jahit dah potong kain ikut saiz arrr....* , Kitaorang cakap.. kalau dah potong ke tak boleh tukar saiz telefon kitaorang... Dan tiada panggilan telefon..

Dengan berbekalkan semangat yang setinggi gunung... HArapan yang besar bak perut ibu mengandung... kitaorang pun tunggu lah baju keparat yang dijanjikan selama 21 hari... *dah macam nak tunggu telur ayam menetas je... 21 hari... ceh...*

Tapi.... Masih bermasalah lagi dengan budak yang berkira dengan duit didalam kelas lagi.. menyebabkan baju keparat ini diambil lewat dari masa nya.... Bila dah setel duit.... Kak Lynn pergi la amek... Aku pun terbayang-bayang la esoknya boleh la pakai baju keparat tu ke PJB... nampak seragamnye... 

Sekali.... Henset aku berbunyi.. Hajar call...

Dialog II :

Hajar : weiiii Fizah .. Hang dah try dah ke baju keparat tu....!!!!
Aku Cun : Belom lagi.. Kak Lynn tak bagi lagi....
Hajar : Wehhh.. aku tak celuih arrr.. hang bagi saiz apa kat kedai tu....
Aku Cun : Wutttt!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Sat-sat tunggu kak Lynn bagi baju.. aku try....

Okeh... dalam masa yang sama.. Kak Lynn datang hantar baju... Ifa cepat-cepat try.... *Aku mention kan ifa sebab dia ala-ala saiz aku je.. keke* Ifa berlari-lari ibu naik ke atas.. sambil bawak baju keparat tu....

Dialog III :

Ifa : Wehhhhh... tak muat baju ni macam mana.....
Aku cun : Urk.... wut.!!! ingat hajar je yang tak muat.. waaaa.. semakin gemuk kah aku....
Ifa : Ni memang saiz kecik ni... Letak kat baju contoh pun lain ni... Kecut sangat ni.. Lengan pun tak celuih ni... 

Dan dengan semangat kepasukanan kitaorang berlari-lari ayam berak kapur pergi balik ke kedai tu... Si Sepol tak de pada masa itu.. Yang ada Kakak yang besar.. dan abang yang bersuara perlahan je.. Aku memang emo ngan kedai tu.. mencii...  Ada ke dia cakap aku bagi kemeja yang boleh regang... dia cakap.. bila regang cam ni memang besar.. dah tu kecut la dia... ewahh kak... aku tak pandai jahit pun aku pandai gak mengukur baju tau.... 

Hellow.. yang regang tu baju kemeja aku.. awat yang kecut baju yang korang bagi... Kak tu siap nak salah kan kitaorang lagi sebab baju tu...

Dialog IV :

Aku Cun : Ni apa citer ni baju ni.. kata boleh ikut ukuran yang kitaorang bagi...
Kak Besar : Ehh.. kitorang dah jahit ikut saiz yang diberikan la...
Ifa : Ikut mende nye... celuih pun tidak nye....
Aku Cun : Ni nak pakai pun tak boleh ni... nak buat frame boleh la...
Ifa : dah tu macam mana ni... Tak kan kitaorang nak burn duit macam ni je kot...
Kak Besar : okeh .. kitaorang alter la.. ukur saiz lain... macam ni kena potong la gaji akak bulan ni...

Biar kena potong pun tak pe.. tak payah bagi gaji pun aku suka... Aku siap pakai inner je waktu tu sebab nak try baju yang konon-kononnya akan menjadi sample... Kak Besar tu gak yang cakap.. Kalo buat besar tak pe.... Hek diaaaa... benci aku... Okeh fine... hantar balik baju tu ke kedai... 

Maka aku dan mereka yang tidak celuih baju keparat tu pun terpaksa memakai baju kurung untuk ke PJB di esok hari nya.. Arghh.. bila dikenangkan... cantik lagi baju kurung aku.. 1000x ganda cantik.. hahaha....

Dalam hati aku.. sudah tiada harapan yang diberikan.. hanya menuntut janji yang ditaburkan oleh pihak kedai je... mencii...

Sampai saat dan ketikanya ... ketika baju yang berbulan baru nak siap tu.... Baju pun dah siap... Aku memang dah malas nak pandang baju tu.. Tp buat-buat je la terima baju tu.. Tapi memang eiii.. laa.. naseb aku tak bako je kedai tu... Sekali lagi dia buat tak celuih.. bengong ke hape ... Bukan hari tu dah try dah ke ikut la saiz weiii.. nape yang kome ni degil beno haaa.... 

Dan sekali lagi kitaorang serang kedai tu... Tapi sebab memang aku dah benci dengan kedai tu... memang aku tunggu dalam kete je... rasa alergik je nak jejak kaki kat kedai yang macam tu.. Boleh pulak jadi perbalahan dalam tu...

Dialog V :

Ktorang tanpa aku : Apa ni... kenapa jadi macam ni lagi.. dah le yang lain yg suh hantar repair pun ada yang koyak..
Kedai ngok ngek : Kitaorang dah ikut saiz.. yang repair tu kitaorang tak jamin mende tu akan koyak waktu repair... (wutt the hek....!!!)
Kak Lynn : Mana boleh macam ni... husband saya pun ada kedai macam ni gak tapi takde la problem sampai macam ni...
Kedai ngok ngek : Dah tu nape hantar kat sini... (ewah ko... lempang kang...)
Ifa : Kalau kitaorang tau cam gini memang tak kan hantar laaaaaa.....
Kedai ngok ngek : tapi ni dah kali ketiga dah mintak ubah...

Ewah....ewah.. kalau korang buat ok.. sekali je dah cukup.. ni tak.... okeh.. sorry aku nak jejak kaki dah kat kedai korang... Memang aku alergik.. kalau dapat pun baju tu kat aku balik... aku tak pasti yang aku nak pakai hasil buatan kedai korang tu... eiiiuwwwww.. aku takut terkena badi ngek ngok tu kat badan aku jer...

Duit tu.... Takpe la bang and akak.... Biarkanlah burn gitu... Aku tak boleh terima yang korang menipu... melupakan apa janji yang dah diberikan... Just.. jumpa je kita di akhirat nanti... Aku taknak dengar apa-apa dah dari mulut bang and kak.. biar nanti anggota badan bang and kak yang jawab... 

Sorry to say... aku tak boleh nak tengok kedai ni apatah lagi nak jejak kan kaki ke situ.. Sorry... 

Oh.. lupa nak bagitahu kedai ni kat mana.. Kedai ini terletak di lokasi Taman Universiti Parit Raja .. batu Pahat... Sebaris dengan kedai makan 25Jam Al-Azhar... yang paling tepi sekali .... 

P/s: 99 perkara baik yang dilakukan... 1 yang buruk tu juga yang akan dikenang... sorry bang and akak kalau kedai tutup... i`m sorry....

Sila maafkan aku.. Tapi tiada maaf untuk dirimu...

~Jejaka Masa Hadapan punya story lagi .. hehehe~

Assalamualaikum....

Akhirnya semalam.. apa yang telah aku risaukan telah pun berlalu.. Hehe...

Thanks My Jejaka Masa Hadapan... Akhirnya.. Jejak juga kaki anda di rumahku.. Hehehe...

Bila difikirkan kembali ..

Kehadiran anda seringkali secara tiba-tiba namun dalam tiba-tiba anda , anda kerap kali membuat aku tersenyum..

Anda tiba-tiba hadir dalam hidup aku... anda juga selalu membuat keputusan yang tiba-tiba.. Moga segalanya berjalan dengan lancar....

Yang pasti aku akan kotakan janji setelah anda mengotakan janji anda kepada aku...

Hadirnya anda didalam diri aku ini seperti anda datang mengisi kekosongan di dalam hati ini... Terima kasih Jejaka Masa Hadapan ku ... Anda selalu di hati aku....

~Bagaimana menjadi seorang presenter mengikut cara Fizah Rahim - Part III~

Assalamualaikum..... Salam Sejah.....Sejahte.... Sejahteraa.....

Hehehe....!! Gembira bila berbicara didalam blog ini...

Okeh.. Mari kita berfikir.. Apa yang kita nak bicarakan pada hari ini...

Oh.. Ya.... Rasanya aku ingin menyambung sedikit entry "Bagaimana menjadi seorang presenter mengikut cara Fizah Rahim"

Kita kategorikan kepada "Apa Yang Boleh Buat" dan "Apa Yang Tidak Boleh Buat"

~Apa yang Boleh Buat~

1. Berinteraksi dengan pendengar anda..
Pendengar adalah satu elemen penting didalam presentation.. Jika tiada pendengar.. kita nak bentang kepada siapa.. Kepada lantai ka... kepada kerusi ka.... kepada dinding ka... Cuba-cubalah berinteraksi dengan pendengar... jangan biarkan mereka memeluk tubuh memandang anda sahaja..


~Mereka duduk dikerusi untuk mendengar.. bukan hanya untuk memandang anda berbicara....~

2. Pilih pakaian yang sesuai dengan situasi..

Bila nak present tu.. Pakaian sangat memainkan peranan penting... Jangan pilih baju yang dah tertumpah dek kuah kari... Jangan juga memilih pakaian yang dah berbau.. iaitu dua tiga minggu kita tak basuh... Please... jangan rosakkan deria bau pendengar anda !!!!


~Lihat... kami sudah bersedia untuk present... anda bagaimana......?~

3. Pilih kasut yang sesuai..

Yups... bagi aku... kasut adalah perkara yang penting.. Ia dapat meningkatkan konfident aku.. Aku lebih suka memilih kasut yang bertumit ketika present.. Sebab ia memudahkan kita untuk berpusing ke kiri dan ke kanan... Aku suka gaya itu.. Terasa profesional... Hehe....


~Kasut konvo hehe... Yes.. Inilah pilihan Dr Halizah... hehehe~

Okeh cukup untuk ~Apa yang boleh buat~ Kita berbicara kepada ~Apa yang tak boleh buat~ *untuk part ini.. macam takde gambar yang sesuai je.. hehe*

1. Jangan membaca teks..

Tolong laaaaa... Tolong sangat-sangat ... Jangan membaca apa yang tertulis pada slaid... Kalau setakat nak baca.. Pendengar boleh membaca sendiri... Gunakan ayat anda sendiri dengan gaya anda sendiri..

2. Jangan memasukkan tangan kedalam poket..

Ini memang lemah aku la... Lemah sangat aku melihat orang yang mempresent memasukkan tangan ke dalam poket ketika mempresent.. Tambah-tambah lagi lelaki.. Uiissskk.... Egonya anda.... Berlagaknya anda.... 

3. Jangan mendatarkan suara anda..

Ades.. dari mula sampai abes present... Intonasi suaranya sama je... Takde perasaan dia ni...


*Setakat ini sahaja yer.. jumpa lagi dalam entry yang seterusnya...sebenarnya aku dah malas berfikir.. hehehe*

~Arios Mambo~

16 May 2011

~Selamat Hari Guru... Terima Kasih Cikgu~

Selamat Hari Guru....

Harap aku tidak terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Guru.. Kepada semua pendidik yang telah mendidik daku sepanjang hidup aku...

Pelbagai kisah suka dan duka yang dilalui bersama-sama dengan insan yang bergelar seorang guru...

Namun secara nyatanya perkara duka lebih lama dipendam berbanding perkara suka...

~First Story~

Aku masih ingat ketika sekolah rendah dulu. Ada seorang guru yang mengajar Bahasa Inggeris dan merangkap guru kelas aku... *sorry kepada kawan-kawan yang mengenali guru tersebut.. aku hanya menyatakan yang terbuku di dalam hati aku sahaja*

Aku bukanlah tergolong didalam golongan yang mendapat perhatian guru.. kerana prestasiku bukanlah segempak rakan kelas yang lain.. Tapi hati kecil aku sering kali terasa dengan perlakuan guruku.. sehingga kini aku masih terasa..  Aku sendiri tak paham kenapa guruku berbuat begitu.. Apa salah aku ketika itu...

Okeh.. Apa laa sangat dengan Susu Bantuan Sekolah dan Rancangan Makanan Tambahan itu.. Aku tahu yang itu untuk yang betul-betul layak je dapat terima.. Tapi ada seorang rakan kelas yang sering memontengkan dirinya.. Jadi guru selalu membuat rotate di dalam kelas... Opkos la hati gembira bila tiba turn aku dan hari itu rakan itu pun tak hadir.. Aku tertunggu-tunggu ketika tiba waktu rehat untuk nama di panggil untuk keluar awal pergi ambil RMT tu... Sekali guru itu dengan slumbernya cakap... 

"Hafizah , awak tak payah ambil makanan RMT tu... bagi orang sebelah awak tu...."

Urk... Kecilnya hati sehingga kini rasanya... Memang aku tak nak makanan RMT tu.. Tapi biasalah kanak-kanak... Akan gembira bila menerima sesuatu walaupun tak seberapa... Waaa... Aku kecil hati sampai sekarang.. Waaaaa...

~Second Story~

Cerita ketika di sekolah menengah... Yups.. sekolah menengah.. biar aku bagitahu.. biar semua tahu apa perasaan aku ketika menjadi pelajar ketika itu... Biasalah ada guru yang mempunyai sifat pilih kasih.. Tapi pilih kasihnya memang meruntun jiwa aku... Kenapa aku sering tak dapat perhatian dari guru.. 

Aku seolah-olah tiada didalam kelas.. Guru tak pernah melihat pada aku... paling terasa adalah ketika.. Ada seorang teman ini result ujian dia kurang memberangsangkan.. Okeh.. Aku sebagai seorang teman pasti aku duduk sekali *yelah dah result pun sama cam gitu* . Temanku pergi berjumpa dengan guru itu bersama-sama aku.. tapi apa yang aku dapat.. Aku disuruh pergi...Guru itu hanya mahu berbicara dengan temanku sahaja... 

Sedih bila hak aku sebagai seorang pelajar dinafikan....

~Third Story~

Walau banyak pahitnya ketika menuntut ilmu.. Namun bagi ku itu adalah kenangan.. Dan kenangan itu adalah untuk dikenang.. Bukan untuk dibuang... Dan jika tidak berlaku perkara-perkara sebegini.. Diri aku pasti akan terus leka... TERIMA KASIH CIKGU.... kerana hasil usaha cikgu yang banyak membantu aku berfikir apa itu kehidupan.. TERIMA KASIH lagi sekali CIKGU.....

Kenapa aku berbicara emosi ketika ini.. Ini adalah kerana... Aku adalah bakal seorang PENDIDIK... aku perlu berusaha untuk tidak beremosi ketika mendidik... Mendidik adalah satu kerjaya yang paling mulia.. namun kerjaya ini dipandang tidak mencabar bagi segelintir golongan.. Yelah.. kerjaya guru amat sukar untuk diukur... 

Bila pelajar itu berjaya... Kejayaannya diukur dari hasil usaha seorang pelajar.. dan usaha guru yang mendidik dan membimbingnya telah dinafikan... Sedangkan... Guru bertanggungjawab untuk memacu arah pembelajaran pelajar...

Tidak mengapa guru-guru sekalian.. Moga kalian tabah mendidik anak bangsa agar mereka menjadi insan yang terdidik dan seimbang dari segi emosi, jasmani , rohani , intelek dan sosial... Moga didikan kalian seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam...

Good Luck guru-guru dan bakal guru-guru...

15 May 2011

~Bagaimana menjadi seorang presenter mengikut cara Fizah Rahim - Part II~

Assalamualaikum....

Orait babeh... kita sambung kembali agenda kita yang tertangguh semalam yer...

Okey dimana kita yer.... Ohh Yeahh... Pada teknik ke tiga...

~ Teknik Ketiga ~

Mari berbicara dengan cermin....

Ini adalah perkara yang biasa anda dengarkan.. tapi percayalah bahawa ianya masih praktikal lagi... Aku kerap kali berbicara didepan cermin untuk melihat ekpresi muka... bagaimana muka ketika marah.. ketika cool.... ketika rasa chumels.. ahaks...

Bila kita berbicara dengan cermin.. cuba bayangkan di depan anda adalah audience anda... cuba yakinkan audience anda dengan apa yang disampaikan..



~Saya rasa anda comel la.... Ehh.. mana pula.. awak lagi comel.. keke~

~ Teknik Keempat ~

Teknik ke empat aku kurang pasti boleh di aplikasikan oleh semua orang tau tidak.. Tapi bagi aku ini adalah satu teknik yang berkesan.. Selalunya teknik ini aku akan aplikasikan selepas mengalami saat present yang tidak memuaskan.. Aku akan kembali mempresent kepada ...

-
-
-
-
-

~Kepala Paip~


KEPALA PAIP...???????

Ya.. Benar.. Kepala paip... semua yang terbuku didalam hati aku aku akan sampaikan kepada kepala paip... Hehe.. I`m sorry kepala paip.. hanya dikau je kepala yang tidak boleh berbicara.. jadi aku berbicaralah dengan kamu.. hehehe.. I Like....

Dan bila menghadapi saat present yang lain.. Aku akan cuba memperbaiki teknik dan gaya present aku.. 


~Heyy Youuu!!! Kepala Paip.... I talk to you maaa.... Heyyy... Did u hear me babeh..... please... hear mee... hear.. me... waaa~

Okeh.. sekian untuk teknik menjadi seorang presenter mengikut gaya Fizah Rahim... 

Ingat yer... waktu present yang paling penting adalah.. Kita nak orang yang mendengar dapat apa yang kita hendak sampaikan.. Please... jangan jadi seorang yang syok sendiri... kamonnn arrr.. tak cool gitu... Chill babeh... Kah..Kah..kah... ayat orang muda tu....

Okeh untuk entri yang sebelumnya anda boleh klik pada...

~Bagaimana menjadi seorang presenter mengikut cara Fizah Rahim~

~Arios mambo~

Related Posts with Thumbnails